Thursday, December 20, 2012

WISHLIST

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
at last today is the last day for this semester 4! horayyy!!
hehe..excited lah sangat kan, padahal final exam tengah menunggu tu..
before nak pulun dengan buku-buku semua tu, nak update dulu blog bucuk nie..

tadi kawan aku ada cerita pasal handphone Samsung S4 nak release next year..


bila Samsung S4 nak release tiba-tiba iPhone 6 nak release juga lah..
bersaing masing-masing..


wah! sangat teruja sebab aku memang dari dulu nak sangat tukar handphone 
tapi disebabkan masalah kewangan yang melanda, aku lupakan niat tu.. =(

adik aku pesan, "bila kau dah kerja nanti kau boleh beli latest model handphone yang baru keluar time tu"
wah!! bila dah kerja memang tak lah kan aku nak tukar handphone selalu..
banyak benda nak kena bayar masa tu, hutang MARA hutang PTPTN..waaaaa!
# bila masa nak beli handphone baru nie??

lupakan pasal nak handphone baru bagai, sebab tu bukan main wishlist aku..hehe..
guest what I want it?? hmmm...

- DSLR Canon -


aku tak tahu lah model apa yang best kan, tapi yang penting aku nak CANON!
seronoknya kalau dapat DSLR..huhu..
so aim aku bila aku dah kerja, aku nak spend duit aku untuk dapatkan DSLR juga..
aku dah tak hairan dengan handphone baru ke, laptop baru ke,
yang penting aku dapat DSLR dengan apa cara sekali pun..hehe..

aku ada impian kenapa aku nak sangat DSLR nie,
and hopefully aku dapat capai impian aku tu one day.. In Shaa ALLAH..
before nie aku berangan nak hantaran DSLR, 
tapi siapa lah nak propose aku kalau high demand kan..haha!
# berangan je lah kau nie Yully, memang tak lah kau nak dapat dengan cara macam tu..

# bila kita usaha untuk dapatkan sesuatu,
In Shaa ALLAH kita akan dapat kalau kita bersungguh-sungguh..
wish me luck to get it.. >.<

# thanks for the reading..
o.O


Wednesday, December 19, 2012

Dugaan Mandarin

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
Alhamdulillah lafaz pertama yang mampu aku ucapkan saat ini..
dugaan class Mandarin this semester sangat mencabar Iman aku..huhu..

bila diputarkan semula masa awal-awal start class,
konon heaven lah dengan class tak start lagi, lecturer tak ada..
lastly bila dapat lecturer, diam seribu bahasa..haha!

seorang Miss yang sangat strict dan particular dengan setiap tugasan,
dan nak kan setiap student dia proper speaking in Mandarin..
mula-mula memang tak sabar dengan perangai Miss,
tapi nak buat macam mana kan dia lecturer so as a students memang lah kita kena dengar cakap dia..

kesabaran aku sangat tercabar since script untuk video kitaorang kena reject!!
# cuba bayangkan kalau assignment korang kena reject, sama lah apa yang aku rasakan..huh!
disebabkan salah faham flow cerita kitaorang kena betulkan balik..
tapi satu hal aku tak akan lupa bila Miss bagi advice out of the box..
bila diingatkan balik kelakar pun ye juga Miss nie..
cara dia nasihatkan orang lain sangat unik..hehe..

case script kena reject boleh terima lagi lah,
tapi bila case last minute buat Oral Test hari itu memang kesabaran aku nipis sangat..
tunggu dari pukul 6 petang sampai pukul 10.30 malam, 
baru dapat settlekan Oral Test itu..
tambah lagi kena marah kena bebel kena buat proper report..aduhyaiii..
tapi memang salah kitaorang juga sebab decided nak buat Oral Test last minute..
# sorry Miss.. >.<

settle Oral Test, shooting video plak..hehe..
dengan benda nia lah boleh kurangkan stress aku..haha!
macam-macam jadi sepanjang shoot video,
hujan lah, susah nak pilih tempat shooting lah, sipi-sipi nak langgar tiang lampu lah..
thanks juga dekat Mira jadi camerawomen kami..

# with our "camerawomen"

and at last baru tadi siap sepenuhnya video Mandarin dengan bantuan Hafiz Kurus..
# Kurus thanks sangat ajar aku edit video walaupun aku banyak membebel..hehe..

# tukang edit..

sekarang boleh tarik nafas lega sebab In Shaa ALLAH level 3 Mandarin dah lepas,
and hopefully dapat result yang memuaskan hati kami semua..hehe..
# In Shaa ALLAH ye kawan-kawan.. =)

# "best actress" for movie Mandarin..



anyway before nak final exam nie, dengan rasa rendah diri
aku nak minta maaf dekat semua orang especially to my Buddies!
sorry korang kalau ada percakapan dan perbuatan saya yang menyakitkan hati korang..
# kira kosong-kosong lah ye..hehe..
and good luck for final.. >.<

p/s : study week saya semester nie untuk kawan-kawan..
jumpa lepas Krismas nanti, boleh study sama-sama ye..

# thanks for reading..
o.O


Friday, December 14, 2012

Sahabat Sejati

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
hari ini 1 Safar 1434 Hijrah that means 1/2/34..
unikkan? once in a life, daripada nak banggakan 12/12/2012 yang tak memberi apa-apa makna
lebih baik ingat tarikh Hijrah nie..
lagi 2 minggu 2012 bakal melabuhkan tirai, 
itu bermakna aku ada 1 minggu lagi untuk menghabiskan semester ini..
Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu sekejap je dah nak final exam..
# cuak lah juga this semester..

bulan ini bulan stress, tension dan depress!!
semua quiz, test, assignments, report and presentation akan berlaku..
maklumlah minggu-minggu kritikal memang menguji kesabaran student macam aku..
yang penting SABAR!

bila kita stress mulalah macam-macam masalah yang jadi,
especially dengan kawan-kawan..
# maaflah kawan-kawan kalau ada yang tersinggung dengan perangai saya.. =)

ada something terjadi this week and hal itu aku tak pernah terfikir langsung..
biasalah bila kita ada kawan baik tak kan lah kita nak fikir buruk pasal dia..
for sure lah kita selalu beranggapan baik dengan kawan baik kita sendiri..
tapi once ada orang bercerita pasal kawan baik aku, susah aku nak percaya 
tapi lastly aku kena percaya juga sebab bukti dah ada depan mata..
biarlah dia nak jadi apa pun, itu bukan hak aku..

cuma aku nak pesan je lah dekat dia
JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI 
dan terima apa sahaja yang kita perolehi sebab itu memang dah usaha kita..
belajar untuk hidup BERSYUKUR..
dan lagi satu jangan ambil kesempatan atas orang lain..
jangan sampai kawan yang lain tak suka dengan diri kita.. 
fikirkan lah sebab aku bukan saja nak nasihatkan dia tapi untuk ingatkan dekat diri aku juga..

ketepikan cerita itu sebab aku malas nak fikir even aku sakit hati dengan perangai dia..
tapi aku tak boleh buat apa-apa kalau dah perangai dia macam tu..
sabar je lah yang mampu aku lakukan sekarang..

oh cerita pasal "si dia"..hehe..
hopefully dia cepat sembuh daripada sakitnya..
# sorry awak saya tak dapat tengok awak masa dekat hospital hari itu..
hanya doa yang mampu saya sampaikan.. =)
Amin..

" kawan baik tak semestinya dia faham kita sepenuhnya,
sebab kawan baik juga boleh jadi musuh ketat satu hari nanti..
dan jangan assume orang yang tak rapat dengan kita tak akan faham diri kita,
sebab kita belum kenal lagi dia sepenuhnya."

- by Yullyanna -

# thanks for the reading..
>.<

Friday, November 30, 2012

PHOTOGRAPHER

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan..
hopefully kamu semua sihat.. 
malam hari terakhir bulan November, 
tiba-tiba terkeluar pula idea nak kepoh-kepoh dekat blog bucuk nie..hehe..
banyak kerja sekarang nie so tak ada masa nak story-story dekat sini..
# padahal selalu je online..haha!


photographer?who?
aku selalu berangan nak ada boyfriend photographer..
haha!jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu puncanya..
tapi maybe ter"influence" kot, 
sebab cousin aku, abang saudara aku even kawan-kawan aku pun ramai jadi photographer..
no wonder lah kalau aku ada simpan cita-cita nak jadi photographer 1 day nanti..hehe..

apa specialnya jadi photographer ini??
pada aku bukan sebab income yang mereka dapat,
tapi photographer ini sangat KREATIF!
cuba tengok gambar yang diaorang shoot sangat awesome!
tak kesah lah dekat mana bila masa diaorang shoot,
semua gambar mesti cantik..
itu pada perception aku, tak tahu lah orang lain pula..

that why lah aku jatuh hati dengan photographer nie..huhu..
In Shaa ALLAH kalau diberi kesempatan,
maybe 1 day aku nak jadi photographer juga macam mereka..
part time pun jadi lah, boleh tambah income sikit-sikit..hehe..

hopefully apa yang aku hajati tercapai suatu hari nanti..hehe..
# dah angau sangat dah nak photographer.. >.<


# thanks sudi baca entry kali ini..
o.O

Thursday, November 22, 2012

NOVEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM
hello kawan-kawan!
cepatnya masa berlalu, lagi seminggu dah nak habis bulan November..
maknanya lagi sebulan lah nak habis tahun 2012..
waaaaa!sangat cepat, misi 2012 tak tercapai lagi dah nak masuk tahun 2013 pula..
tapi apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan..
# apa yang saya cuba sampaikan nie..haha!

- NOVEMBER -
bulan bersejarah bagi saya, bulan birthday saya for sure lah bersejarah..hehe..
actually banyak hal jadi bulan nie..
bulan penuh dugaan bagi saya, penuh cabaran..cewah ayat!

awal bulan dah sibuk dengan project, assignment bagai..
mana nak study untuk MUET lagi..
aduhaii..cubaan sungguh..hehe..
ditambah pula dengan demam lagi..
nie semua gara-gara gigi bongsu nak tumbuh..
bertapa sakitnya hanya ALLAH sahaja yang tahu..

bila dah baik demam, sakit lain pula menimpa diri nie..
gara-gara tak makan masa demam so gastrik pula melanda..
nak test bagai time tu lah sakit..
ada hikmah kenapa jadi macam nie.. =)
hadapi dengan redha je..

anyway lupa nak say thanks pada kawan-kawan saya yang konon nak buat surprise kan..
tapi memang surprise lah sebab saya tak expect pun korang akan celebrate birthday saya dengan keadaan saya demam macam tu..hehe..
sayang korang sangat-sangat..


# kek tu sedap sangat tapi dapat rasa sikit je.. =(

thanks juga pada mama, abah dengan adik-adik sebab jaga saya demam..hehe..
dan pada kawan-kawan yang lain sebab ingat birthday saya..

congratulation juga pada kawan baik saya, NURUL SYAFIQAH NORAHMAN..
dah tukar tittle Puan dah kawan saya nie..
hopefully masjid yang dibina kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah..
Amin..


kawan-kawan yang lain bila turn korang??hehe..
oh!lupa nak say congrates juga pada kawan saya sebab selamat melahirkan baby boy (kalau tak silap)..
taniah NURUL AMIRA, baby kamu sangat comel..
# teringin nak anak cepat-cepat pula..haha!

bulan yang penuh tragedi..
hmm..moga bulan akan datang akan berjalan dengan sebaik mungkin..
InsyaALLAH..

# thanks sudi baca entry nie..
o.O




Wednesday, November 07, 2012

PEMERGIAN KUIKUI

ASSALAMUALAIKUM
hello kawan-kawan..
punyalah aku excited naik bulan baru nie
tetiba dapat berita yang menyedihkan..

# gambar hiasan (bukan Kuikui yang sebenar)

Wanie bagitahu Kuikui dah mati.. =(
baru nak jumpa dia this week tapi tak sempat plak..
takziah ye atas pemergian Kuikui..

Kuikui nie sugar glider lah..
comel kan nama dia..hehe!
aku ingat lagi first time jumpa Kuikui
punyalah excited nak pegang sampai dia masuk dalam baju..
rasa geli tu tak dapat nak ungkapkan..haha!

memang dia sangat COMEL!!geram!hehe..
badan dia yang kecik mata dia yang bulat..
bila jumpa nak picit-picit dia..haha!
Kuikui nie tak banyak makan sama lah macam tuan dia
tapi tuan dia tak banyak makan sebab nak DIET!
haha!sorry Wanie..

satu benda yang aku ingat pasal Kuikui nie yang Wanie cerita
bila dia makan tembikai najis dia warna merah..
bila dia makan betik najis dia warna kuning..
cuba bayangkan kalau najis manusia sama macam tu..
haha!choiii!tak senonoh lah kau Yully!

tapi sayang usia Kuikui tak panjang..
maybe dah tiba masa dia untuk pergi..
# ceh!dah macam manusia plak yang meninggal..hehe..
anyway kami memang rindu dekat Kuikui..

p/s : Wanie carilah teman pengganti Gemok..
kesian dia dah tak ada kawan nak gurau..


- MISS KUIKUI -

# thanks for the reading..

Sunday, November 04, 2012

- SAYA PELAJAR -

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan and happy November!
sekejapnya masa berlalu dah masuk bulan November..
lagi sebulan nak masuk tahun 2013..
jangan lupa juga bulan Islam pun dah nak berakhir..
15/11/2011 nie dah 1 Muharam 1433H..
# jangan lupa baca doa akhir dah awal tahun kawan2.. 0_o

aku baru sampai Shah Alam tadi selepas menghabiskan cuti mid-sem selama seminggu lebih..
wahh heaven nya cuti lama, tapi malas yang amat sangat bila nak naik nie..huhu..
masa on the way dalam bus aku termenung jap..hehe..
dah lama rupanya aku nie belajar kan..
start dari Tadika sampai lah Degree nie, almost 16 tahun memegang tittle "PELAJAR"
# lamanya nak jadi pandai kan..hehe!

umur 6 tahun - TADIKA KEMAS SUNGAI KELAMBU
# kelakar kan nama kampung aku..haha!nie lah tempat aku besar..
umur 7 - 12 tahun - SEKOLAH KEBANGSAAN PESERAI & SEKOLAH AGAMA PESERAI
# budak hingusan lagi..hehe..
umur 13 - 17 tahun - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ONN
# berusaha menjadi matang tapi kawan-kawan cakap aku memang macam budak-budak tapi GARANG!
umur 18 tahun - SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT
# form 6 sebulan je!haha!kena marah dengan mama sebab keluar form 6..
umur 18 - 21 tahun - KOLEJ ISLAM JOHOR
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY batch July 2008 - January 2011..
# tempat nie lah ajar aku hidup independent and matured..
umur 21 - 24 tahun - UiTM SHAH ALAM
DEGREE IN BUSINESS ECONOMIC batch September 2012 - January 2014
# InsyaALLAH tinggal dua sem aku nak tamatkan pengajian nie..hopefully semua berjalan lancar..amin..

next planning?
merancang sesuatu yang baik untuk future aku
menjadi seorang CIKGU!mudah-mudahan nie pilihan yang terbaik buat aku..
excited lah nak jadi cikgu,tapi tak tahu kenapa..
padahal before nie aku tak minat cikgu, mama pun beria suruh aku jadi cikgu..
and lastly cikgu lah impian aku sekarang..
even apa jua halangan aku tetap nak jadi CIKGU YULLYANNA..
o.O



# thanks for the reading..

Sunday, October 07, 2012

AZYANTI NURFARAHIN BINTI ISHAK

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan..
bila malam-malam nie baru dapat idea nak buka blog bucuk nie..
# sorry lah ye saya tak ada masa lah nak hadap kamu tiap masa..hehe..

tittle post refer to someone..
who is that person??


# nie lah orangnya..
AZYANTI NURFARAHIN BINTI ISHAK..
# panjang sangat lah nama kamu..hehe..

siapakah dia nie??
nie akak chubby saya..haha!
# jangan marah akak..adik gurau je..hehe..

dia bodyguard saya..eh!bukan-bukan..
she is one of person that I love so much..
dia lah tempat aku mengadu
dia lah tempat aku minta nasihat
dan dia lah juga tempat aku gaduh..hehe..

even saya tak ada kakak sebab saya lah kakak
so dia lah ibarat kakak saya yang suka bebel..hehe..
eh..tak-tak dia suka tegur apa yang patut aku buat apa yang tak patut aku buat je..
# kena amik hati kalau tak teruk kena marah..haha..

akak rindu sangat nak jumpa sebab dah lama sangat tak jumpa..
rindu nak hang out sama-sama gosip sama-sama
share story sama-sama dan yang paling rindu nak dengar akak bebel macam nenek..hehe..

thanks sangat-sangat sebab akak sanggup layan kerenah saya 
yang kadang-kadang kepala angin nie..
maaf dipinta before nie pernah buat akak terasa hati dengan perangai buruk saya..
# I promise to change my attitude.. 0_o
dah masuk 4tahun kita kenal so
hopefully ukhuwah nie kekal sampai bila-bila..
# lupa lah..akak kita tak ada gambar sama-sama lah..

SAYANG SANGAT-SANGAT DENGAN AKAK AYAN..


# thanks for the reading..
0_o

Saturday, October 06, 2012

ASIAN WAVE 2012 : SHILA HAMZAH

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
happy October, excited nak celebrate birthday Mama & Alin..
jangan nak excited sangat lah exam Muet sama date tu..huhu..

tadi aku tengok video performance Shila masa Asian Wave dekat mana hah?
China kot..hehe..
superb lah Shila, no matter lah dia jadi Juara..
CONGRATES Shila! 0_o

bukan senang nak jadi senang kan..
we should respect her because
dia dah mengharumkan nama MALAYSIA sampai Asian kot..
bukan mudah nak bawa nama Malaysia sampai peringkat macam tu..
tu pon satu tuntutan jaga nama negara kita..

aku bukan nak obsess dengan artis-artis nie
tapi cukup nak jadikan pembakar semangat nak berjaya macam dia..
susah nak jadikan diri nie sebagai role model untuk orang lain..
bila dah dapat so grab the opportunity to being a good person
that one day everyone will proud with u..
0_o


# thanks read this entry..



Sunday, September 30, 2012

SETAHUN SUDAH!

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..

Alhamdulillah.. 
bulan September genap setahun aku di bumi Shah Alam..
banyak kenangan suka duka pahit manis aku lalui sepanjang dekat sini..
banyak benda yang aku belajar untuk hidup dekat tempat orang..
pandai-pandai lah kan hidup independent jauh dengan family..
dah dewasa kan tak kan lah tak reti hidup mendiri kot..

bila duduk jauh dengan family bukan maksud kita bebas dengan hidup kita boleh buat apa yang kita suka..
yelah sebab dekat depan parents kena jaga perangai
bila dah jauh mula nak jadi hantu plak..
MasyaALLAH jangan lah aku jadi orang yang lupa diri..

ada dekat sini ajar aku untuk jadi manusia yang berguna..
kena pandai arrange diri sendiri..
kena banyak sabar dengan orang keliling..
kena tahu macam mana nak control emosi bila marah..haha!
kawan-kawan yang banyak ajar semua tu..
# thanks korang ajar saya jadi budak baik..hehe..

kawan-kawan lah family aku dekat sini..
tempat luahkan masalah, share cerita
macam-macam benda boleh jadi bila dengan kawan-kawan..
cuba bayangkan kalau hidup tanpa kawan-kawan??
oh tidak!

banyak sangat benda yang aku dapat sepanjang ada dekat sini..
hopefully aku kuat semangat untuk habiskan sisa-sisa hidup di bumi Shah Alam..
lagi 2 semester aku dah nak habiskan study aku..
cepat sangat masa berlalu kan..
tak sangka lepas nie aku akan ada dekat alam pekerjaan plak..huhu..
kiranya aku dah dewasa lah nie..hehe..

yang menjadi persoalan sekarang dekat mana nak cari kerja??
mana-mana pon boleh je as long ada company nak terima kerja..
yang penting jangan nak demand sangat bila dah dapat kerja..
belajar dari bawah baru boleh kita survive sampai berjaya kan..
nanti dah kerja boleh fikir pasal kahwin plak..hehe..
# asik kahwin je ko nie Yully..tak ada benda lain nak fikir..haha!

KITA HANYA MAMPU MERANCANG 
HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA..
INSYAALLAH, 
ALLAH selalu ada dengan hamba-Nya..

# thanks read this entry..
0_o

Sunday, September 23, 2012

JODOH??

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
hari minggu yang membosankan..
# asik bosan je kerjanya..huhu..
tadi pagi cuaca molek je tapi petang nie angin macam tepi pantai..
macam suruh berehat sepanjang hari nie..hehe..

tiba-tiba teringat malam tadi pergi makan dengan kawan aku dekat kedai makan Seksyen 7..
biasalah kan malam minggu ramai yang lepak dengan kawan-kawan dengan couple..
# kamu cemburu ke Yullyanna??LoL!haha!
tak ada lah nak cemburu sangat tapi rasa best plak kan ada partner..
boleh temankan pergi makan, pergi shopping..huhu..
berangan je lebih aku nie, study tu abiskan dulu baru boleh fikir hal tu..

aku teringat cikgu dekat sekolah cakap,

"awak boleh dapat orang yang lagi baik 
bila further study dekat IPT nanti"

# saya dah sampai IPT dah tapi tak jumpa juga pon cikgu..hehe..
aku bukanlah addicted sangat nak ada partner nie..
aku ramai kawan so aku tak kesah kalau aku tak ada sape2..
# ceh ayat tak nak kalah kan Yully..haha!
kalau aku ada partner sekali pon kawan-kawan aku still diutamakan..
0_o

kalau orang-orang cakap aku tak care dengan partner aku,
jawapan aku "bukan tak nak care tapi saya lebih sayangkan kawan-kawan saya"
nak compare kawan dengan partner,
kawan-kawan ibarat nyawa aku selepas family aku..
without friends kita hidup sorang-sorang je la dekat dunia nie..
partner boleh cari lain kalau dia dah tak nak dengan kita..
that why aku nak cari partner yang boleh jadi sahabat yang setia..
senang cerita carilah partner yang memang confirm boleh jadi future husband kita..
tinggalkan je partner yang nak main-mainkan perasaan kita..
# pandai ea ko nasihatkan orang lain..huhu!

kawan-kawan aku yang sibuk suruh aku cari partner..
tak mati lah tak ada partner..
setiap kali hang out dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa,
mulalah masing-masing tanya "ko dengan sape sekarang Yull??"
bosan aku dengar soalan yang sama..huhu..
jangan risau kawan-kawan bila aku dah confirm dia memang partner aku
for sure aku buat conference macam artis-artis tu..haha!
nie lah kalau ada kawan-kawan yang terlampau amik berat hal kita..
menyibuk je hal orang, diri sendiri pon tak stable juga..

buat masa sekarang biarlah aku dengan hidup aku..
- SINGLE -
seronok taw hidup sorang nie even kadang-kadang membosankan,
tapi tak apa lah at least aku tak peningkan kepala nak fikir macam mana nak jaga hati orang lain..
jaga diri sendiri pon huru-hara lagi lah nak jaga diri orang lain..huhu..
tapi sekarang nie aku dapat part time job..
jadi penasihat kepada kawan-kawan aku..
tak kesah lah masalah apa pon termasuk lah masalah cintan cintun nie memang tak miss..
that why aku terasa nak jadi psychologist..best!
pada masa yang sama aku boleh ingatkan diri aku sendiri..

jodoh pertemuan ajal maut semua dekat tangan ALLAH..
cuma lambat atau cepat je kita akan dapat..
sama juga macam rezeki kita..
semua orang akan jumpa masing-masing satu hari nanti..
bila dah jumpa kenalah jaga elok-elok sebab jodoh tu datang sekali je dalam hidup kita..


# selalu berangan nak jadi macam mereka..

# thanks baca entry nie..
0_o




Friday, September 21, 2012

WAHAI JOHOR BHARU!

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
2 minggu dah dekat Shah Alam, weekend yang membosankan tanpa kawan-kawan..
semua balik rumah keluar dating..sangat cemburu!haha!
# senget la Yully nie..tu pon nak cemburu bagai..huhu..
ada masa terluang lebih baik spend dekat bilik je..
boleh rehatkan badan, study apa yang patut..
# jangan dok online je Yully..
0_o

tiba-tiba aku terbuka plak folder gambar-gambar masa study dekat JB dulu..
miss that moment.. =(
alangkah bagusnya kalau JB dekat dengan SA, kalau ada masa boleh ulang alik pergi JB..
nie nak pergi JB pon 6 jam, memang tak akan lah aku nak pergi..haha..
tunggu ada masa free la baru sampai JB lagi..

tapi Raya hari tu dapatlah juga lepaskan gian pergi JB..
rindu orang-orang dekat JB!
terubat lah juga rindu dengan mereka, at least dapat jumpa sekejap pon tak apa lah..
kebetulan je temankan Yayan pergi interview SPA dengan Pija, dapatlah singgah kolej sekejap..

KOLEJ ISLAM JOHOR, YPJ..

tempat aku menuntut ilmu semasa diploma aku..
tempat tu lah banyak ajar aku erti hidup sebenar..
hidup independent, hidup dalam keadaan sabar nak hadap macam-macam kerenah orang keliling..
sangat tercabar dengan hidup macam tu..
dapat juga rasa pikul tanggungjawab yang besar nak jaga budak-budak hostel..
macam-macam perangai ragam, yang ok ok lah tapi yang macam hampeh tak ke meluat..
sabar je lah dengan mereka..
at least aku belajar something yang sampai sekarang aku tak akan lupakan..
- HORMATI SESAMA MANUSIA -
sebabkan rasa hormat dulu sampai sekarang aku still dihormati dengan kawan, junior 
even lecturers and staff pon still ingat aku..
Alhamdulillah, tapi aku bukan nak cakap yang aku nie hot stuff masa kolej tu..hehe..



dah dapat lepaskan rindu dekat kolej, kitaorang pergi beraya plak..
# sempat lagi tu, padahal dah penat sangat masa tu..
niat kami nak menziarahi kawan-kawan je..
dapatlah pergi rumah Kamali dekat Plentong..
aku suka sangat environment rumah dia, patutlah gambar-gambar dia sangat awesome..
keliling rumah hijau je and sangat tenang.. 0_o
sempat plak dia dengan maknya masakkan untuk kami..
# sedap ko masak Kamali!
perut pon tengah lapar kan..haha..



next destination go to Aishah's house..
"lamanya nak sampai" tu je lah perkataan yang boleh keluar sepanjang nak pergi rumah Ay..hehe..
jauh kot nak pergi rumah dia, rupanya kami salah jalan lah..haha!
lastly sampai juga, mak dia masak mee kari..sedap!
last rumah pergi rumah Nizam (pakwe Pija)..
makan lagi nasi ayam, memang kenyang sangat..
dalam kereta boleh terus tido..huhu..

sangat seronok spend time dengan kawan-kawan..
bukan senang nak dapatkan masa free nak jumpa kawan-kawan lama..
oh!lupa nak say thanks dekat Azman, Abg Ag, Kiran, Alip sebab sudi spend time lepak dengan kami..
to Emelia juga bagi kami tumpang tido dekat rumah kamu..
nanti kami datang lagi ye..hehe..
hopefully dapat lepak dekat JB lagi lepas nie..


# thanks for the reading..
0_o



Tuesday, September 18, 2012

CERITA KAMI

ASSALAMUALAIKUM..
hello & happy September kawan2..
sekejapnya dah bulan 9 aku dah start semester baru..
dah lama tak update blog bucuk nie..
macam2 cerita aku nak story..

tahun nie sambut raya best sebab mak spend time dengan kami dekat kampung..
even raya dengan air mata but we're still happy together..
hopefully apa yg aku impikan akan tercapai lepas nie..
InsyaALLAH.. 0_o
konvoi raya dengan member2 sangat best..
time raya la banyak benda yang tak diduga berlaku..
saja je kan nak test kesabaran aq..
tapi tak apa lah hal dah lepas so biarlah..

habis raya naik semester baru plak..
excited nak balik Shah Alam cepat-cepat sangat bosan dekat Batu Pahat..huhu..
semester baru azam baru and hopefully i will try to change my attitude..
part 4 dah sekarang nie lagi 1 semester and then practical..
excited nervous nak practical..
yang menjadi masalah sekarang tak tahu nak practical dekat mana..
lama lagi so fikir nanti-nanti la..hehe..

latest story 
last week aku stay dekat rumah mak dekat Pandan Indah..
temankan mak lepas tu mak bawa pergi jalan-jalan..hehe..
pergi SOGO, MYDIN MASJID INDIA, CAREFOUR WANGSA MAJU, THE STORE AMPANG..
nasib baik tengah kering kalau tak confirm tempat jauh lagi aku ajak mak pergi..
bila dah sedap duduk kat rumah mulalah malas nak balik kolej..
cuti 4hari plak tu kalau hati aq seronok nak balik Batu Pahat
dah lama aku balik even baru seminggu dekat sini..
tapi apakan daya hati aku dah tak nak balik sana lagi..
tunggu je la cuti mid-sem nanti..

lagi berapa bulan umur aku dah nak masuk 22tahun..
semakin dewasa aku harap aku lebih matang..
dah penat nak jadi macam dulu..
perangai sensitif cepat terasa hati nak merajuk je..
buruk kot perangai macam tu..
be a mature person Yullyanna!
hadapi hidup dengan tenang dan sabar..
macam orang selalu kata 
"ALLAH tak akan bagi kita ujian kalau 
kita tak mampu nak selesaikan semua tu.."

Monday, August 20, 2012

:: SALAM AIDILFITRI ::

ASSALAMUALAIKUM..
SALAM AIDILFITRI kawan2..
hopefully Syawal kali nie memberi keceriaan kepada semua..
amin..

masa cepat sangat berlalu..
pejam celik Ramadan dah pon meninggalkan kita..
moga-moga Ramadan tahun depan kita dapat sambut lagi..
InsyaALLAH..
bila Syawal tiba mood raya sangat excited kan..
tapi tahun nie tak rasa pape pon..
hari raya macam hari biasa je..
bila tengok budak-budak riuh datang raya seronok je..
maybe aq dah besar kot mood raya pon dah berubah..

pada aq yg penting raya nie la masa kita nak bermaafan sesama saudara..
raya bukan saja-saja naj tayang baju baru je
tapi hati kena ikhlas nak minta maaf..

tahun nie bagi aq mood raya bercampur-campur..
happy sedih bosan..
happy sebab mak (my aunt) spend time dengan family aq
sedih sebab my cousin tak dapat kumpul sama-sama kat kampung
bosan sebab raya dengan tak ada fell nak raya..
tapi hadiah raya yg berharga aq dapat tahun nie 
merasa juga dapat spend masa dengan mak..
dah lama tak rasa macam tu rindu sangat..
lastly Alhamdulillah apa yg aq nak tercapai..
hopely kekal sampai bila-bila..

so pada kawan-kawan aq semuanya..
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"
aq menyusun sepuluh jari mohon maaf 
jika ada terlanjur kata-kata yg menguris hati korang
tingkah laku yg menyakitkan hati korang
kira kosong-kosong la ye kawan-kawan..
raya jemput datang rumah.. 0_o

thanks sudi baca entry nie..


Sunday, August 12, 2012

REZEKI RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM..
Salam 23 Ramadan..
dah nak habis puasa rupanya..
sekejap je masa berlalu lepas nie sambut raya pula..
bulan Ogos..
baru rasa nak update blog bucuk nie..

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadan
aq dapat part time job..
bestla sebab kerja kat office je so tak la penat sangat..
kerja dengan orang yg berpengaruh pula tu..
rezeki-rezeki..hehe..

bila orang-orang tanya aq kerja mana
semua tak percaya..haha..
betulla aq tak tipu korang
aq kerja dekat office Datuk Syed Hood..
semua besarkan mata bila aq bagitau macam tu..
hahaha..

nie good new bagi aq la
sebab before nie aq memang nak cari part time dekat office..
last minute dapat juga..
Alhamdulillah..

so next good new adalah result exam aq..
syukur sangat-sangat at least semua pass..
tapi manusia kan tak pernah puas dengan apa yg dia dapat..
#aq la tu..
agak terkilan sebab tak dapat apa yg aq nak..
tapi tak apa la pointer naik sikit
kena usaha lebih lagi lepas nie..

last yg buat aq happy..
raya nie dapat pakai jubah..
seronoknya..
rasa excited nak sambut raya..

#dah tak ada idea nak story lagi..hehe..
thanks sudi baca..
0_o




Monday, July 30, 2012

PELIKNYA.. 0_o

ASSALAMUALAIKUM..
hello & morning kawan2..
lately nie ada je yg aq nak update kat blog nie..
asik nak bercerita je..haha..
al maklum la ye kat rumah nie aq tak ada kawan
so aq cakap depan laptop je la..hehe..

entry kali nie nak story pasal apa ek?
ok..pasal perangai pelik Yullyanna..
#aq la tu..hihi..

aq nie SANGAT cerewet..
i mention again SANGAT cerewet..hehe..
mama aq la selalu cakap macam tu
tapi kalau ikutkan memang cerewet pun..
everything aq memilih
makan pakai lagi-lagi bila nak pilih kawan..

1- kalau pergi shopping aq suka round dulu shopping mall tu baru decide nak beli apa..
aq bukan macam perempuan lain yg suka duduk berjam-jam nak pilih baju la kasut la beg la..
bosan tau tak duduk jadi pak guard kalau keluar macam tu..
buang masa juga cara aq nie
sebab nak pergi round dulu lepas tu datang balik kedai tu baru beli..
tapi tak apa tu memberi 1 kepuasan pada aq..hehe..

2- bila keluar jalan-jalan tempat yg paling aq suka pergi adalah BOOKSTORE..
kalau keluar tapi tak lepak sana memang tak sah..
even aq tak beli apa-apa at least aq tengok-tengok je jadi lah..
tapi kawan-kawan aq selalu marah aq kalau singgah sana
sebab aq tak akan keluar selagi aq tak dapat apa yg aq nak..
macam korang la bila tak dapat cari baju yg korang nak selagi tu korang tak nak balik kan..
so kira fair & square la tu..hehe..

3- bab makan plak aq tak berapa nak gemar sangat asam pedas ke kari ke lemak ke..
aq ingat lagi bila mama masak asam pedas ikan merah aq tak makan pun cuma jamah sikit je..
aq rela goreng telur makan dengan nasi tuang kicap..
#sedapnya..lapar plak perut tiba-tiba..hihi..

4- aq nie memilih sikit lauk bila nak makan..
#sikit ke bukan memang memilih banyak ke..hoho..
kalau lauk tu aq tak suka aq tak makan..
sanggup 1hari tak makan nasi cuma makan roti ke biskut ke..
mama cakap aq nie taste tinggi lauk cikai aq tak pandang langsung..
apa lah mama nie kenapa kalau lauk sambal ikan masin aq pulun sampai habis..
tak memilih sangat kan..

5- aq tak suka makan daging..
lagi-lagi kari daging ke rendang daging ke..
pada aq kalau makan daging lambat nak hadam nanti susah nak proses..haha..
kalau ayam daging pun sama juga aq lebih suka pilih ayam banyak tulang..

6- aq suka BOLA SEPAK.. 0_o
that why aq main futsal..
#rindu lah plak dah lama tak main futsal..
aq dengan adik-adik aq memang suka tengok football match..
malam-malam jerit-jerit kalau tak masuk gol sumpah seranah player tu..
aq dah rasa dah bila main futsal
bila tak dapat jaringkan gol frustated gila..
bila dah masuk UiTM nie tak ada kawan nak ajak main lagi..
aq sokong Shafiq Rahim..hehe..
kalau Euro yg lepas aq sokong POTUGAL sebab ada Cristiano Ronaldo..
aq sokong dia bukan sebab dia hensem ke apa ke
aq suka tengok skill dia masa main bola je..
terbaik!!

7- aq nie suka ramai kawan tapi aq nie PEMALU..
#pemalu ke??aq tengok semua orang ko layan je..haha..
aq ingat lagi masa kat kolej dulu aq selalu tegur pak guard hostel aq..
orangnya peramah aq suka borak dengan pak cik tu..
 bila aq nak keluar je mesti dia tanya soalan macam-macam..
sampai kawan aq cakap dia 'ayah angkat' aq..haha..
tak kesah la korang nak cakap apa asalkan aq tak kacau orang..
tapi aq tak suka kalau kawan tipu aq so automatically PUTUS kawan..
#ko sangat kejam Yull..
aq tak kejam lah macam tu aq cuma tak contact dia lagi..
siapa suruh menipu aq layan ko molek-molek tapi ko buat taik plak dengan aq kan..

8- aq suka main SUDOKU..
dah banyak dah koleksi buku sudoku kat rumah nie..
adik aq pun dah terikut dah..
kawan aq selalu bebel dengan aq asik main kejadah tu je
macam tak ada benda lain..
aq tau ko jelous kan sebab tak reti main sudoku
sebab tu ko tak bagi aq main..haha..

9- aq ada 1habit iaitu memerhatikan orang..
tak kesah lah dia kawan aq ke lecturer aq ke ataupun orang yg tak pernah aq kenal..
aq boleh tau kalau orang tu berubah..
ada sekali tu aq tegur abang amik order air kat foodcourt
sebab dia baru potong rambut..hehe..
lagi 1 peristiwa masa kat kolej dulu
aq dengan kawan aq nak pergi panggil puan sebab puan dah lambat masuk class
sampai depan bilik lecturer

aq : puan tak ada lah kat sini..
dia: mana ko tau puan tak ada?
aq : kasut dia tak ada pun..
dia : hebat lah ko sampai puan pakai kasut apa pun ko hafal..
aq : aq kan suka memerhati..haha..

kalau ingatkan balik semua tu sangat kelakar..
aq nie kalau dah terlebih mesra semua orang aq tegur
tapi kalau dah pemalu senyap je tak cakap dengan siapa-siapa..

10- aq tak suka dengar lagu-lagu klasik.. (lagu jiwang-jiwang)
kawan-kawan aq suka dengar lagu macam tu
pada hal diaorang tak lahir lagi masa lagu tu keluar kat radio..
tapi hafal seh liriknya..hebat!!
dulu roomate aq masa kat kolej suka buka radio SINAR FM..
adoiyaii..paling lemah kalau masing-masing dah menyumbangkan suara klasik mereka..
masalahnya dalam bilik tu aq sorang je yg tak suka..
nak tak nak terpaksa dengarkan je..hm..

11- aq tak suka BERGAYA..
pada aq pakai simple je pun dah ok..
tak payah lah nak serabutkan badan kita nie dengan baju yg ntah apa-apa tu..
sorry to say lah aq tak gemar tengok perempuan bergaya dengan dress la rantai melayut kat leher
tak rimas ke you'll??
aq nie nak pakai rantai pun sangat berkira
apatah lagi nak pakai dress bagai lagi kalau nak bersolek..coii..
dinner kat kolej hari tu pun aq pakai kemeja dengan jeans je kot..
yg lain dengan dress berekor la tu la nie la..
aq yg tengok pun naik rimas je..hehe..
masing-masing ada taste tersendiri ikut la suka korang macam mana nak bergaya kan..
tapi even aq tak berfashion tak bermaksud aq tak update pasal fashion ok..

macam-macam perangai aq nie..
kadang-kadang parents aq pun pening kepala dengan perangai anaknya nie..
tak apa lah as long aq tau bawa diri aq cukup lah..
aq tak kesah orang nak cakap apa pasal aq
mulut orang nie kita tak boleh tutup
sebab dah kalah mulut tempayan kan so biarkan lah..
asalkan korang happy la ye..

so lastly
thanks sudi baca..
0_o




Sunday, July 29, 2012

Kenangan Manis Mereka & Aku

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
bila tiba bulan puasa nie tiba2 teringat masa zaman kolej dulu..
first time puasa jauh dari family..
org tak pernah duduk hostel jauh dengan family kan..
#independent sikit Yull..

banyak moment yg happy sedih kelakar bila puasa dengan kawan2..hehe..
aq dah terbiasa mama kejut sahur
bila kat hostel kawan2 la yg jadi tukang kejutkan aq..

aq ingat lagi masa sem 1 roomate aq decide masak dalam bilik..
padahal memang dah terang2 aktiviti tu salah disisi undang2..
haha..
last2 kantoi dengan senior sebab masak..
nak tau sebab apa kantoi??
kawan aq basuh sotong dalam toilet boleh plak tertinggal tulangnya..
adoiyaii..nak tau kitaorg masak apa?
TOMYAM CAMPUR..pehh!!
terbaik der..haha..
aq rasa tu lah kesalahan terbesar yg kitaorg buat..
taubat tak buat lagi..hehe..

puasa kat hostel gak yg buat aq reti solat terawih..
seriusly aq memang tak pernah buat solat terawih kalau puasa..
 mula2 excited lama2 mengeluh penat..
padahal 8rakaat terawih 3rakaat solat witir..
#ko nie Yull nak solat pun mengeluh..
bila dah abis puasa rindu nak solat terawih ramai2..

kalau rajin time puasa2 nie kitaorg suka buka puasa kat luar..
tempat best buka puasa kat Pandan..
banyak kot makanan kat sana..
lepas buka boleh cuci2 mata cari baju raya plak..
#makin rindu aq nak balik JB..

sekarang dah tak dapat nak rasa tu semua sama2 lagi..
insyaALLAH 1day kalau ada kesempatan boleh la buka sama2 lagi..
aq rindu zaman kolej dulu.. =(


thanks sudi baca entry nie..
0_o





Friday, July 27, 2012

HANCUR HATI..

ASSALAMUALAIKUM..
salam RAMADAN..
pejam celik hari nie dah masuk hari ke-7 kita berpuasa..
Alhamdulillah..
hopely dapatlah kita sempurnakan RAMADAN tahun nie..
InsyaALLAH..

entry pagi2 dah sedih2 kan..huhu..
agakla sebab pagi nie aq baru tau ex aq nak kahwin dah..
frust??sikit la sebab aq penah sayang dia dulu..
aq doakan dia bahagia dengan couple dia..
#redhakan semua nie Yull.. =(

aq rasa bukan aq sorang je yg frust kalau dapat berita macam nie..
semua org pun samakan..
apa yg terbaik doakan kebahagiaan mereka..
hopely kita akan ikut jejak mereka..
amin..

nak sedih2 pun tak gunakan..
dia bukan hak kita lagi cuma dia sahabat baik kita saja..
tak salah kita happy bagi pihak dia..
dia dah jumpa jodoh dia dulu
kita still boleh cari jodoh kita..
1day kita sama2 bahagia..insyaALLAH..

pesanan untuk diri aq & kawan2 semua..
terimalah ketentuan yg dah ditakdirkan untuk kita..
mungkin dia bukan jodoh kita dan
1day kita boleh dapat jodoh yg lagi baik dari sebelum nie..
lagipun jodoh kita dah ditetapkan oleh ALLAH..
cuma kita perlu sabar dan tunggu untuk menemuainya..
jangan sedih sangat atas apa yg berlaku
sebab sesuatu yg berlaku ada hikmah yg tersirat tanpa kita ketahui..

thanks sudi baca entry nie..
0_o





  

Friday, July 20, 2012

SALAM RAMADAN

ASSALAMUALAIKUM..
SALAM RAMADAN kawan2..

ALHAMDULILLAH...
ALLAH masih panjangkan hayat kita
hingga bertemu Ramadan tahun nie..
rasa masa cepat sangat berlalu..
sekarang dah masuk bulan RAMADAN..
sekejap lagi SYAWAL..
lepas tu habis tahun 2012..
0_o

bulan RAMADAN nie la kita kena double rajin buat ibadah..
bukan masuk RAMADAN baru nak beribadah..
konon nak pahala lebih..
tu bukan umat MUSLIM namanya..

banyak amalan yg boleh kita lakukan sepanjang ibadah..
mengaji al-Quran, berzikir..
yg penting kita kena faham apa erti RAMADAN yg sebenarnya..
aq ada tengok ceramah dekat tv..
ustazah pesan ada 3 hal penting yg kita kena lakukan sepanjang RAMADAN :
1- menahan lapar dan dahaga..
2- melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang
3- menahan hati daripada kebendaan..

aq berharap RAMADAN kali nie dapat memberi satu perubahan dalam diri aq..
menjadi insan yg lebih baik
menjadi anak yg solehah
menjadi umat yg diberkati..
amin..

semoga RAMADAN tahun nie memberi kita semua
keberkatan, keredhaan dan keinsafan..
INSYAALLAH..


thanks baca entry nie..
0_o