Monday, July 30, 2012

PELIKNYA.. 0_o

ASSALAMUALAIKUM..
hello & morning kawan2..
lately nie ada je yg aq nak update kat blog nie..
asik nak bercerita je..haha..
al maklum la ye kat rumah nie aq tak ada kawan
so aq cakap depan laptop je la..hehe..

entry kali nie nak story pasal apa ek?
ok..pasal perangai pelik Yullyanna..
#aq la tu..hihi..

aq nie SANGAT cerewet..
i mention again SANGAT cerewet..hehe..
mama aq la selalu cakap macam tu
tapi kalau ikutkan memang cerewet pun..
everything aq memilih
makan pakai lagi-lagi bila nak pilih kawan..

1- kalau pergi shopping aq suka round dulu shopping mall tu baru decide nak beli apa..
aq bukan macam perempuan lain yg suka duduk berjam-jam nak pilih baju la kasut la beg la..
bosan tau tak duduk jadi pak guard kalau keluar macam tu..
buang masa juga cara aq nie
sebab nak pergi round dulu lepas tu datang balik kedai tu baru beli..
tapi tak apa tu memberi 1 kepuasan pada aq..hehe..

2- bila keluar jalan-jalan tempat yg paling aq suka pergi adalah BOOKSTORE..
kalau keluar tapi tak lepak sana memang tak sah..
even aq tak beli apa-apa at least aq tengok-tengok je jadi lah..
tapi kawan-kawan aq selalu marah aq kalau singgah sana
sebab aq tak akan keluar selagi aq tak dapat apa yg aq nak..
macam korang la bila tak dapat cari baju yg korang nak selagi tu korang tak nak balik kan..
so kira fair & square la tu..hehe..

3- bab makan plak aq tak berapa nak gemar sangat asam pedas ke kari ke lemak ke..
aq ingat lagi bila mama masak asam pedas ikan merah aq tak makan pun cuma jamah sikit je..
aq rela goreng telur makan dengan nasi tuang kicap..
#sedapnya..lapar plak perut tiba-tiba..hihi..

4- aq nie memilih sikit lauk bila nak makan..
#sikit ke bukan memang memilih banyak ke..hoho..
kalau lauk tu aq tak suka aq tak makan..
sanggup 1hari tak makan nasi cuma makan roti ke biskut ke..
mama cakap aq nie taste tinggi lauk cikai aq tak pandang langsung..
apa lah mama nie kenapa kalau lauk sambal ikan masin aq pulun sampai habis..
tak memilih sangat kan..

5- aq tak suka makan daging..
lagi-lagi kari daging ke rendang daging ke..
pada aq kalau makan daging lambat nak hadam nanti susah nak proses..haha..
kalau ayam daging pun sama juga aq lebih suka pilih ayam banyak tulang..

6- aq suka BOLA SEPAK.. 0_o
that why aq main futsal..
#rindu lah plak dah lama tak main futsal..
aq dengan adik-adik aq memang suka tengok football match..
malam-malam jerit-jerit kalau tak masuk gol sumpah seranah player tu..
aq dah rasa dah bila main futsal
bila tak dapat jaringkan gol frustated gila..
bila dah masuk UiTM nie tak ada kawan nak ajak main lagi..
aq sokong Shafiq Rahim..hehe..
kalau Euro yg lepas aq sokong POTUGAL sebab ada Cristiano Ronaldo..
aq sokong dia bukan sebab dia hensem ke apa ke
aq suka tengok skill dia masa main bola je..
terbaik!!

7- aq nie suka ramai kawan tapi aq nie PEMALU..
#pemalu ke??aq tengok semua orang ko layan je..haha..
aq ingat lagi masa kat kolej dulu aq selalu tegur pak guard hostel aq..
orangnya peramah aq suka borak dengan pak cik tu..
 bila aq nak keluar je mesti dia tanya soalan macam-macam..
sampai kawan aq cakap dia 'ayah angkat' aq..haha..
tak kesah la korang nak cakap apa asalkan aq tak kacau orang..
tapi aq tak suka kalau kawan tipu aq so automatically PUTUS kawan..
#ko sangat kejam Yull..
aq tak kejam lah macam tu aq cuma tak contact dia lagi..
siapa suruh menipu aq layan ko molek-molek tapi ko buat taik plak dengan aq kan..

8- aq suka main SUDOKU..
dah banyak dah koleksi buku sudoku kat rumah nie..
adik aq pun dah terikut dah..
kawan aq selalu bebel dengan aq asik main kejadah tu je
macam tak ada benda lain..
aq tau ko jelous kan sebab tak reti main sudoku
sebab tu ko tak bagi aq main..haha..

9- aq ada 1habit iaitu memerhatikan orang..
tak kesah lah dia kawan aq ke lecturer aq ke ataupun orang yg tak pernah aq kenal..
aq boleh tau kalau orang tu berubah..
ada sekali tu aq tegur abang amik order air kat foodcourt
sebab dia baru potong rambut..hehe..
lagi 1 peristiwa masa kat kolej dulu
aq dengan kawan aq nak pergi panggil puan sebab puan dah lambat masuk class
sampai depan bilik lecturer

aq : puan tak ada lah kat sini..
dia: mana ko tau puan tak ada?
aq : kasut dia tak ada pun..
dia : hebat lah ko sampai puan pakai kasut apa pun ko hafal..
aq : aq kan suka memerhati..haha..

kalau ingatkan balik semua tu sangat kelakar..
aq nie kalau dah terlebih mesra semua orang aq tegur
tapi kalau dah pemalu senyap je tak cakap dengan siapa-siapa..

10- aq tak suka dengar lagu-lagu klasik.. (lagu jiwang-jiwang)
kawan-kawan aq suka dengar lagu macam tu
pada hal diaorang tak lahir lagi masa lagu tu keluar kat radio..
tapi hafal seh liriknya..hebat!!
dulu roomate aq masa kat kolej suka buka radio SINAR FM..
adoiyaii..paling lemah kalau masing-masing dah menyumbangkan suara klasik mereka..
masalahnya dalam bilik tu aq sorang je yg tak suka..
nak tak nak terpaksa dengarkan je..hm..

11- aq tak suka BERGAYA..
pada aq pakai simple je pun dah ok..
tak payah lah nak serabutkan badan kita nie dengan baju yg ntah apa-apa tu..
sorry to say lah aq tak gemar tengok perempuan bergaya dengan dress la rantai melayut kat leher
tak rimas ke you'll??
aq nie nak pakai rantai pun sangat berkira
apatah lagi nak pakai dress bagai lagi kalau nak bersolek..coii..
dinner kat kolej hari tu pun aq pakai kemeja dengan jeans je kot..
yg lain dengan dress berekor la tu la nie la..
aq yg tengok pun naik rimas je..hehe..
masing-masing ada taste tersendiri ikut la suka korang macam mana nak bergaya kan..
tapi even aq tak berfashion tak bermaksud aq tak update pasal fashion ok..

macam-macam perangai aq nie..
kadang-kadang parents aq pun pening kepala dengan perangai anaknya nie..
tak apa lah as long aq tau bawa diri aq cukup lah..
aq tak kesah orang nak cakap apa pasal aq
mulut orang nie kita tak boleh tutup
sebab dah kalah mulut tempayan kan so biarkan lah..
asalkan korang happy la ye..

so lastly
thanks sudi baca..
0_o




No comments:

Post a Comment