Wednesday, December 11, 2013

Mentaliti Manusia

Assalammualaikum & hello kekawan!
bulan Disember sudah! Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.
semakin hampir ke penghujung dunia latihan industri,
bakal berjumpa dengan tugasan sebagai pelajar.
*kesat peluh, fuhhh!

semakin hari semakin umur kita bertambah,
maknanya kita semakin tua wahai manusia!
tapi bila aku tengok manusia keliling, amboi semua tak nak kalah kan?
semua nak jadi hebat, semua nak jadi bagus, 
semua nak jadi pandai, semua nak jadi kaya.
*siapa saja tak nak jadi macam tu? -,-

tapi biasa lah manusia, mana terlepas dari kekurangan.
nobody perfect in this world, but to be a good person semua nak.
kalau nak jadi baik, cermin diri sendiri dulu.
perubahan diri mesti ada niat yang ikhlas memang nak berubah.
berubah kerana ALLAH. :)

aku suka perhatikan manusia sekeliling,
kekadang aku pun terjebak juga dengan perangai mereka.
tapi sentiasa beringat, jangan selalu buat perangai tak elok.
aku tak cakap perangai mereka selalu jahat,
tapi tak salah rasanya kalau menasihati sesama manusia.

banyak lah situasi yang korang selalu nampak,
pastu buat perception sendiri kan?

kes 1 : bab jodoh
bila kahwin muda, "dah tak sabar sangat ke anak Cik Bedah tu?"
bila kahwin lambat, "anak Cik Bedah tu umur dah berapa tak kahwin lagi? 
tak laku ke?"
bila kahwin pastu cerai, "tu lah tak reti jaga rumahtangga, tu makannya."
bila umur lanjut tak kahwin lagi, "memilih sangat anak Cik Bedah tu, 
tengok sampai ke tua tak kahwin. tak malu ke?"

kes 2 : bab orang kampung
bila rumah besar, "amboi! besarnya rumah kau Kiah! cantiknya!"
*balik rumah desak suami, "Bang! besarkan rumah lagi lah, lagi besar dari Kiah."
bila nampak jiran beli barang baru, "kaya ke suami kau ni Kiah? 
macam selalu je tukar perabot."
bila nampak anak jiran beli kereta besar, "wah! kereta siapa ni?
anak kau ke Kiah? kerja bagus ke sampai boleh beli kereta besar ni?"

kes 3 : bab kerjaya
bila jadi penggangur terhormat, "kau ni dah tak reti nak cari kerja ke Man?
terperuk je dekat rumah, hadap laptop 24 jam."
*orang tak tahu, budak tu buat business online ke apa.
bila kerja dekat kampung, "dapat gaji besar ke kerja dekat kampung ni?
cubalah kau cari kerja dekat bandar besar pulak Man."
bila kerja dekat bandar besar, "anak kau kerja dekat bandar ke Mah?
dah lama tak nampak dia dekat kampung ni? tak ingat nak balik kampung ke?"

kes 4 : bab persiapan kahwin
bila buat majlis kecik, "tak kan buat majlis nikah je? tak ada bajet ke?
kan bagus dihebahkan kalau dah kahwin."
bila buat majlis besar sikit, "tengok tu anak Pak Haji, majlis tak nak kalah.
mesti belanja berpuluh ribu tu, anak kerja besar lah katakan."
bila buat majlis besaran, "mak datuk! grand gila majlis anak Pak Haji ni, 
kalah artis siapa tu Che Ta ea?"
*eh! Che Ta pulak yang kena, maaf maaf maaf.

kes 5 : bab study
bila anak dapat result teruk, "biasa je anak aku ni,
tak pandai macam anak kau Yah."
bila anak dapat result bagus, "wei Yah, anak kau dapat berapa? 
aku bangga lah dengan anak aku ni dapat 4A UPSR ni."

hakikatnya, manusia selalu akan terus fikir negative berbanding positive.
tahu tak? kalau selalu fikir positive ni awet muda,
sebab kita selalu bersangka baik dengan manusia sekeliling.
sebab tu kalau boleh jauhkan diri dari beprasangka buruk dengan orang keliling,
nanti orang lain pun akan fikir yang baik-baik je pasal kita.
bukan tak boleh fikir negative tapi jangan selalu diamalkan.

aku cerita bukan nak tujukan pada sesiapa, ni cerita umum.
sesiapa yang terasa ke, maaf dari hujung kepala sampai hujung kaki.
aku cerita ingatkan diri aku juga sebenarnya. (:




Wednesday, November 20, 2013

Happy November!

Assalammualaikum & hello kekawan!

bulan November sudah? Alhamdulillah masih panjang umur.
lagi 3 minggu nak habis intern lepas tu fikir VIVA pulak, dush!
setiap hari fikir VIVA boleh sesak nafas juga gamaknya,
tapi thesis tak gerak juga, jadah!
its ok, tarik nafas dan fikir "BOLEH SIAP!"

NOVEMBER!
I love you so much lah, woha!
now I already 23 years old, Alhamdulillah.
dah besar lah ni? tak ada maknanya lah!
perangai macam bebudak lagi, tak matang!
* ini ayat yang Mama selalu cakap, sadis. ):

matang bukan dari segi perangai saja, pemikiran pun kena matang juga.
jangan nak buat sesuatu ikut emosi lebih, fikir sebelum bertindak,
kalau tak nanti menyesal tak berlagu, erk!
senang cakap jadi manusia yang SABAR,
jangan nak cepat marah cepat melenting ke.
* ini kawan aku selalu pesan, terima kasih. (:

wish aku untuk satu tahun akan datang,
I will make sure next year I'll start working and fulfill my wishlist,
InShaa ALLAH. (:
* wish last year dah tercapai, tapi ada lagi satu bakal tercapai.

oh lupa nak ucap TERIMA KASIH pada yang wish birthday aku,
sayang sesangat korang! muahhh!
aku saja tak appear DOB dekat FB, 
sebab rasa semak nak tengok semua notification, ahaks!
lagipun bukan korang ingat pun birthday semua orang kan?
sebab ada FB tu lah korang baru ingat kan?
nampak sangat korang tak caring.
* dah kenapa tetiba nak judge orang kau ni? -.-

anyway THANK YOU kekawan, muahhh! 




Sunday, October 20, 2013

Kalau Aku KAYA?

Assalammualaikum and hello kekawan!

waaaaa! aku amat merindui blog kesayangan ini. haha!
maklumlah tugasan sebagai seorang manusia semakin bertambah sesejak ini,
so nak menghadap semua ini memang tak lah kan? ahaks!

almost 3 month I'm practical at TM Batu Pahat, yeayyy!
suka sangat ke? suka sebab seronok menjadi sebahagian daripada keluarga TM 
even just as a practical student.
banyak benda yang aku belajar sepanjang 3 bulan ini, sebab itu seronok!

so ada lagi baki 2 bulan nak habiskan hidup sebagai pelajar,
tak lupa juga project paper yang sentiasa menemani aku setiap masa. -,-
fuh! cakap pasal project paper ini buat aku semput pulak.
sabarlah wahai manusia, kejap lagi habislah semua ini.

lepas practical kena fikir pasal kerja pulak, nak fikir pasal further study lagi nanti dulu kot.
kewangan tidak melayakkan aku untuk capai apa yang aku ingini.
apa manusia lain cakap? belum ada rezeki lagi, bukannya tak ada langsung.
cari kerja dulu sebab hutang dah terlebih-lebih sangat ini,
cuba bayangkan umur aku baru 23 tahun tapi hutang dah nak RM30k?
memang gila jadi penghutang ini. -,-

bila dah kerja nanti bolehlah bayar hutang yang ibarat musuh ini.
bila ada lebihan duit bolehlah fikir benda lain, horayyy!
banyak benda yang aku nak buat kalau aku dah kerja ada duit sendiri.
aku nak teroka satu Malaysia ini, sungguh indah bumi Malaysia ini.
kalau nampak orang lain pergi berjimba of course lah aku jealous,
sebab aku belum berkesempatan lagi nak berjimba macam mereka.

InShaa ALLAH, satu hari nanti memang aku nak bawa keluarga aku berjimba satu Malaysia.
tak salah membazir duit sekali sekala untuk kegembiraan keluarga sendiri kan?
tak sabar lah pulak nak kerja lepas nie, woha!

Tanjung Piai, penghujung Benua Asia! 
antara tempat yang aku teringin sangat nak pergi. (:

Tuesday, July 23, 2013

Novel : Lelaki Eksklusif

ASSALAMMUALAIKUM!

#LelakiEksklusif by #WanAwliyaRayqal

Wan Mukriz dan Nora Danisha, mereka ditakdirkan untuk bersama.
jodoh kita tak tahu, tak duga dengan siapa apatah lagi pangkat darjat seseorang itu.
macam itu juga yang jadi dengan Wan Mukriz dan Nora,
seorang ketua bahagian pengudangan dan seorang penghataran surat yang suka merempit.
seorang pemalu dan seorang perangai macam tomboy.
sweet!

dalam masa yang sama Wan Ariff, abang tiri Wan Mukriz juga jatuh hati dengan Nora.
dulu Wan Ariff dah rampas Sharina, orang yang Wan Mukriz sayang sangat,
sekarang nak rampas pulak Nora! how dare you Wan Ariff!
#eh! emosi tetiba pulak. -_-

sebab satu kejadian yang jadi dengan Nora, segalanya berubah.
at last Wan Mukriz dan Nora selamat menjadi husband and wife! (:
tapi Wan Ariff tak pernah kalah nak tackle Nora,
macam-macam yang Wan Ariff buat untuk tambat hati Nora 
tapi sayang Nora setia dengan Wan Mukriz.


p/s : try baca, sebab setiap masa korang akan senyum.
dan korang akan bayangkan if hidup nie seronok jadi macam mereka.
(:


Friday, July 12, 2013

Salam Ramadan

ASSALAMMUALAIKUM!
hello kekawan!

belum terlambat aku nak cakap
"SALAM RAMADAN 1434 HIJRAH"

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan kembali.
semoga Ramadan tahun nie kita dapat pertambahkan amalan kita.
InShaa ALLAH akan dimakbulkan apa yang kita hajati.
janji doa dengan ikhlas dari hati.
Aminnn. 




Friday, July 05, 2013

Malam Jumaat Punya Cerita

ASSALAMMUALAIKUM!
hello kekawan and Happy July! 

Ya ALLAH cepat sungguh masa berlalu dan sekarang bulan Julai sudah.
untuk bebudak BM230 jarak kita lepas nie bakal jauh,
dengan haluan memasing dan diharap kita tak lupa diri dan tak lupa kekawan yang lain.

cakap pasal bebudak BM230 nie, tadi terakhir kali kita bersua muka.
pada sesiapa yang tak dapat datang tu, aku memang KECEWA dan MARAH sangat!
#kecuali yang ada alasan kukuh dimaafkan. -,-


disebabkan tadi tak sempat nak berucap sebab rasa malu lah pulak kan,
so aku nak berucap sikit untuk bebudak BM230.

korang, dari lubuk hati yang paling dalam nie 
aku minta maaf kalau sepanjang perkenalan 
2 tahun setengah nie 
ada yang terkecik hati ke terasa hati ke dengan aku.
aku manusia biasa yang punya kelemahan.
#ceh! ayat tak boleh bla!

lepas nie memasing dengan hal sendiri 
ada yang sibuk practical ada yang masih study lagi.
pape pun kita masih dalam kehidupan sebagai SAHABAT!
keep in touch sayang sekalian,
panjang umur kita jumpa lagi! 
#aku sedih kalau bab nak berpisah nie tapi bebuat chill je.. -,-








terima kasih sesangat pada yang meluangkan masa, sayang korang!

#sebahagian "kawan baru", sedih tak dapat jumpa geng Lejen. :(




Thursday, June 27, 2013

Aku Bukan Malaikat

ASSALAMMUALAIKUM!

last Saturday ada cerita awesome, best & superb dekat TV3!

- AKU BUKAN MALAIKAT -

tu yang aku boleh gambarkan untuk cerita tu.
memang MAKAN DALAM wei tengok cerita tu,
boleh jadikan pengajaran pada semua manusia.

pelakon dia tak payah cakap lah memang mantap pun.
sebenarnya aku jarang layan cerita yang ada Umie Aida tu,
tapi disebabkan aku tengok iklannya ada Beto Khusyairy 
terus nak duduk depan tv. huhu.


manusia yang ingat DADAH tu membantu kamu, fikir banyak kali.
memang SEDAP gamaknya dapat duit banyak million, billion, trillion.
tapi sakitnya sepanjang hidup kamu memang SERIK.

#entry nie terkeluar sebab terbaca entry Faizal Sulaiman tadi. :)
rerajin lah singgah blog favorite writer aku nie.


Friday, June 21, 2013

Pre Graduation Night BM230

Assalammualaikum!
disebabkan final exam dah nak tiba, 
perasaan rindu dekat kekawan membuak buak pulak.
InShaa ALLAH, kami akan habiskan masa di Fact next month.
dan bermanja pulak dengan practical lepas nie,
tapi still ada project paper untuk disiapkan.

disebabkan juga kami SENIOR,
FBM telah menyediakan makan malam tanpa bayaran dekat kami.
*untung makan free! 
memang untung sebab buat pun dekat DEWAN je. -,-
*nampak sangat tak bersyukur.

actually tak kesah pun buat dekat mana mana, 
as long kami dapat kumpul bersama untuk yang terakhir kalinya.
lepas nie dah susah nak kumpul reramai lagi,
tunggu Konvo je lah nanti ye.

theme "Diamond" buat aku ternganga sekejap,
baju apa aku nak pakai wei?
merepek lah siapa yang pilih theme serabai nie!
*buat aku marah je! huh!
and at last, aku bedal je lah nak pakai baju apa pun.
janji aku penuhkan tempat dan makan!
tapi segan juga sebenarnya, bila masuk hall lari dari tema.
tapi ADA AKU KESAH! yang penting happening!

the gorgeous classmate! 

buddies! :)

Kacak & Cantik!

"Shine Bright Like A Diamond"






1 June 2013 - Anis and Aiman

Assalammualaikum!
Happy June!
fuhhh, cepat sungguh masa berlalu dah bulan Jun.
erk! final exam dah nak menjelma!
*menjelma lah sangat kan? tapi aku CUAK ke bebeh nie nak exam.
InShaa ALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan urusan hamba-Nya nie.

pembukaan bulan June yang mengembirakan aku!
Anis dah KAHWIN dengan Aiman wei!
Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.
Anis dah sah jadi wife Aiman, and Aiman jaga budak hyperactive tu molek molek.
aku tak tahu macam mana nak ungkapkan perasaan gembira nie,
tapi yang pasti aku nampak terlebih excited!
campur sedih juga sebenarnya, dan campur terasa sunyi lepas nie.
*eh! ayat nak touching pulak memalam nie.

anyway, doa aku untuk Anis dan Aiman :
hopefully korang bahagia hingga akhir hayat,
dikurniakan anak anak yang comel! 
*aku tak sabar nak jadi Aunty nie. huhu.
saling memahami dalam hidup rumahtangga tu.
*ceh! nasihat macam aku dah kahwin pulak.

Alhamdulillah, sekali lafaz sah bergelar Mr. Husband & Mrs. Wife!

sweet wedding, sweet moment and sweet couple!

seorang lagi kawan baik dah bergelar Puan, yang lain bila lagi giliran kalian?

aku suka tengok gambar nie! :)




Thursday, May 16, 2013

For You Dear!

ASSALAMMUALAIKUM
hello kawan kawan!
Happy Teacher's Day untuk semua pendidik di dunia ini.
kepada cikgu cikgu Tadika Kemas Tambak, Sekolah Agama Peserai,
SK Peserai, SMK Dato Onn.
kepada pensyarah pensyarah Kolej Islam Johor, UiTM Shah Alam.
dan bakal cikgu especially my sayang, Siti Nurhanis Abdul Bahar!


semoga kamu menjadi pendidik yang bagus untuk anak bangsa!
InShaa ALLAH, aku akan ikut jejak langkah kau lepas ini jika ada kesempatan.
betapa terujanya aku jika ada peluang macam tu.

cakap pasal Anis ini, satu berita gembira pasal dia.
dia dah nak nikah end of May ini, Alhamdulillah.
at last jodoh kau dah sampai Anis.
aku doakan kau and Aiman kekal hingga akhir hayat.
#aku orang yang teruja sekali bila dapat tahu kau nak kahwin,
dan aku orang yang sedih sekali nak lepaskan kau.

aku sebenarnya segan nak cakap dekat Anis face to face,
sebab aku takut aku nangis depan dia. huhu.
so, this is my short wish special for you Dear.

"Anis! aku happy sangat jodoh kau dah sampai seru.
InShaa ALLAH kau dipermudahkan segala urusan.
aku sentiasa doakan kebahagiaan kau with Aiman.
be a good wife, be a good future mother until Jannah.
jangan pernah lupakan aku taw.. =(
berat hati sebenarnya nak lepaskan kau, 
sebab aku belum puas nak manja manja dengan kau.
#alahai gedix! tapi itu yang aku rasa saat ini.
perhaps our friendship until forever.
love u Dear!"




Thursday, May 02, 2013

Third Wishlist

ASSALAMMUALAIKUM
hello kawan kawan! Happy May!
masa berlalu cepat sungguh, pejam celik pejam celik dah bulan May!
rasanya tinggal lagi 2 bulan nak habiskan semester nie..
and then start practical! excited! huhu..

semakin cepat masa berlalu semakin banyak wishlist yang aku idamkan..
guest what? 
since I'm falling in love with Indie novel, I really want it!
perangai aku semakin GILA bila ada book fair dekat mana mana lah..
tapi sedih sekarang nie tengah #PestaBukuKL dekat PWTC untuk kali kedua!
aku still tak dapat pergi juga, sedih lor! hukhuk..

apa yang special pasal Indie novel nie?
sincere of writing and freedom of writers
luahan dari writers memang superb!
terserah pada pembaca sama ada nak tersentap ke nak terasa ke,
tapi sebenarnya kekadang apa yang ditulis itu ada betul juga..

yang penting Indie novel nie lain daripada novel cintan cintun yang lain..
disebabkan itu, I want all Indie novels collection,
tak kesah lah dari publisher mana pun..
Buku Fixi ke, Lejen Press ke, Buku Hitam Press ke, Terfaktab ke..
sebab semua Indie novel dari semua publisher memang best!

kalau ada rezeki lepas nie, aku nak tambahkan lagi mini library aku..
coming soon, perhaps! 



nie antara koleksi je, nak list semua memang banyak lah..
mengharap ada juga orang yang baik hati nak hadiahkan ke..
#mengada je lebih! haha!

maybe ada pada korang benda nie semua membazir duit je,
tapi kalau dah masuk dalam wishlist tak ada dah istilah membazir lagi..
ada faedah kot kumpul bahan Ilmiah macam nie even dia bukan buku Ilmiah sebenarnya..
at least boleh meningkatkan lagi budaya membaca..
tak gitu kekawan?

p/s : kekawan cuba lah spend masa sekejap baca Indie novel,
since once korang dah baca lepas itu pasti ketagih lagi..
#HAPPY READING!
^_^




Monday, April 01, 2013

AKU GILA!

ASSALAMMUALAIKUM.
hello kawan kawan!!
Happy April 2013!!

disebabkan hari ini 1 April 2013, aku terajin nak update entry baru..
#tak ada kena mengena sebenarnya entry baru dengan date tu..haha!
guest what?? hari ini aku memang GILA!!
my favorite publisher datang kolej!!
#kenapa terasa nak jerit jerit pulak nie? ahaks!


#maaf kalau ada publisher lain, sebab saya tahu yang ini saja..

since aku dikenalkan dengan publisher Indie nie, aku mula jadi gila..
before ini layan novel cintan cintun je yang buat aku berangan tak habis habis,
kali ini tukar taste ke Indie novel.. 

dalam masa tak sampai setahun dah melambak novel aku borong,
ini kalau Mama tahu duit aku habis sebabkan novel memang kaw kaw kena bebel..
#maaf Mama, ke arah kebaikan juga lah ini..hehehe..
suka sangat beli novel, bacanya ntah bila..
tapi seriously memang nak borong semuanya!!
#boleh buka mini library dekat rumah nanti..good idea! >.<

disebabkan this week mereka disini, 
so apa lagi, borong lah wei!!
dah tak ada istilah JIMAT CERMAT dah kalau mereka datang..
anyway thanks BUKU FIXI, LEJEN PRESS, TERFAKTAB, BUKU HITAM PRESS
sebab faham naluri saya nak memiliki novel korang..
#ceh ayat tak boleh bla! ahaks!


#perkenalan aku bermula dengan TABU, dapat SUMBAT dari adik aku!


#ini semua terbeli gara gara dapat baucar buku!


#special from my BFF Kamali Kasrin, birthday present katanya!


#habuan ini sebab first day mereka datang kolej aku!

p/s : maybe esok lusa akan ada lagi, maybe juga terpaksa kurangkan sikit nafsu memborong nie..


Sunday, March 24, 2013

Will you marry me?

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan,
nie lah kerja bila tak boleh tidur, waaaaaa!!
anyway belum terlambat nak wish 
CONGRATULATIONS to ANIS & AIMAN
SELAMAT BERTUNANG KALIAN! 




gara-gara mereka tunang, aku yang terlebih excited pulak..hehe..
semoga korang kekal hingga akhir hayat, aku doakan yang terbaik untuk korang..
#Aiman jaga Anis saya elok-elok ye.. >.<

sejak mereka tunang, aku mula fikir pasal KAHWIN!
#berangan je lebih kan, dah lah tak ada sesiapa lagi..
tapi memang otak nie fikir nak kahwin cepat je, 
seronok taw tengok kawan-kawan dah bahagia..
#Mama, saya mahu kahwin juga!! hahaha!




tapi seriously, memang aku dah berangan pasal 
theme wedding, hantaran, baju wedding, bla bla bla..
#see, aku memang sangat teruja taw..hahaha!
tak salah rasanya plan awal-awal, so nanti tak lah kalut kan..
kalau nak beli barang sekarang pun dah boleh sangat,
sebab sekarang tengah murah..
nak tunggu aku kahwin ntah berapa tahun lagi, mesti harga barang dah naik kan..
#proper planning sungguh..huhu..



#hantaran idaman saya! ^_^


teringat pesan lecturer aku,
"kamu perempuan kena pilih lelaki yang kaya, 
yang boleh support hidup awak,
cinta belakang cerita, yang penting duit"

yup, everything is money right now..
tapi kalau tak ada rasa sayang pun tak guna kita ada pasangan..
duit tu semua boleh cari sama-sama,
tapi yang penting sekali KEBAHAGIAAN..
In Shaa ALLAH, segalanya akan dipermudahkan oleh ALLAH..Amin..
so for those who is my Mr. Right, will you marry me?
#eh, dah macam desperate sangat je..tak ok!
^_^







Sabar, Boleh Tak??

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
jam sekarang menunjukkan pukul 1.27am,
dan aku masih segar menghadap laptop bucuk nie..

tadi masa on the way nak balik rumah, dapat lah tengok movie free dekat hi-way..
hebat lah mu! cilok jalan kanan kiri kan??
kalau kereta Kancil tu tak apa lah lagi, nie kereta besar kot..
ke nak tayang kereta kau, nak tunjuk kau sorang je lah ada kereta dekat hi-way tu..
huh! marah betul aku dengan orang yang tak reti nak menyabar nie..

aku boleh cakap pemandu dekat MALAYSIA nie 
kebanyakkannya memang TAK RETI SABAR..
ye, itu hakikat yang mereka kena terima..
nak kata tak belajar peraturan, rasanya dah tahu dah..
kalau tak tak kan lah boleh lulus lesen tu..
aku yang tak amik lesen lagi pun tahu lah apa peraturan jalan raya..
tapi mereka memang suka buat PERATURAN SENDIRI!
#ingat jalan tu kau sorang je yang punya?

jadi pemandu tu kena lah BERHEMAH, BERHATI-HATI..
kena ingat yang guna jalan raya tu bukan kau sorang je,
tapi ada orang lain dekat kanan kiri depan belakang kau tu..
kalau berlaku apa-apa, tak ke menyusahkan orang lain..
yang lagi susah diri kau tu sendiri!

sebab tu lah adanya 
"PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT"
supaya kau beringat bila memandu kereta tu kena hati-hati..
tak guna lah Kerajaan buat signboard untuk kesedaran sepanjang jalan 
sebagai peringatan semua..
semua tu membazir je lah, kalau dah kau memang tak faham apa maksudnya..
so jadi manusia biar yang sabar sikit bila memandu,
sabar, boleh tak? faham?
^_^












Thursday, March 21, 2013

Thanks Mama Thanks Abah

ASSALAMMUALAIKUM

Saya : Mama, dah kena cari tempat praktikal lah..
Mama : Tak nak buat dekat TM ke, tempat Ayah tu?
Saya : Memang amik budak praktikal ke?
Mama : Nanti Mama tanya Ayah balik..
Saya : Kalau tak ada dekat BP, kena cari dekat KL lah..
Mama : Sebenarnya boleh buat dekat BP tak?
Saya : Boleh je, tapi dekat pergi JB lah jumpa advisor..
Mama : Abah suruh duduk BP je, tak apa lah nanti Mama msg balik..


waaaaa! dah nak practical dah rupanya..
bulan yang memeningkan kepala, bulan yang menyesakkan, bulan bla bla bla..
bulan nie memang sibuk lah nak uruskan tempat bagai kan..
nasib baik ada Mama dengan Abah tolong..hehe..


Mama : Akak, dekat Pejabat Tanah dah penuh..
Saya : Alaaa, baru nak minta sana..tak apa lah cari tempat lain nanti..
Mama : Ayah suruh hantar resume dengan surat dari U, tapi TM tak ada allowance..
Saya : erkkk..yeke? tak apa hantar je resume nanti..
Mama : Akak, tanya lah dekat Tabung Haji ke Bank Islam ke..
Saya : ok, nanti nak cari dulu no tepon pejabatnya..


see, punya lah susah nak cari tempat practical..
tapi bila dah jumpa tak ada allowance lah pulak..huhu..
sedang mencari lagi, dan terus mencari..


Mama : Akak, Mama dah try tepon SAJ..tapi tak ada orang angkat lah..
Saya : SAJ?
Mama : tanya je dulu, nanti Mama tepon lagi..eh, dah macam Mama pulak yang nak practical nie..
Saya : hehe..


tengok permainan my mum, susah je carikan tempat practical..
tapi bila fikir balik, kenapa Mama susah-susah carikan tempat practical?
jawapannya! Mama dengan Abah tak nak anaknya duduk jauh-jauh..ahaks!
pandai taktik yang mereka gunakan..hahaha!

Alhamdulillah, buat masa sekarang tinggal nak hantar resume je..
ada office yang nak kena call semula untuk buat confirmation..
hopefully segalanya dipermudahkan oleh-Nya, Amin..
anyway thanks Mama thanks Abah..
 >.<



# SELAMAT MENCARI TEMPAT PRACTICUM 
KAWAN-KAWAN #


Saturday, March 09, 2013

Indah Ciptaan-Nya

ASSALAMMUALAIKUM..
selamat pagi & hello kawan-kawan..
di saat entry nie tercipta aku on the way nak balik Batu Pahat lagi,
lagi? haha..baru seminggu naik semester dah balik kampung lagi..
aku pulang dengan satu tugasaan yang perlu diselesaikan..

gerak awal Subuh sangat menyamankan, menghirup udara segar..
dapat tengok matahari terbit, cantik!
indah kan ALLAH cipta bumi nie untuk hamba-Nya..
>.<

tapi kenapa ada manusia yang tak reti nak jaga bumi nie?
suka buang sampah merata-rata, suka buat pencemaran..
ALLAH dah bagi pinjam bumi nie dekat kita so kita kena lah jaga elok-elok..
sama juga macam diri kita juga, ALLAH bagi pinjam juga kan..
boleh je kita jaga diri sendiri, tapi tak tahu lah kalau ada yang tak reti jaga diri sendiri kan..

sayang lah bumi kita macam mana kita sayang diri kita sendiri..
# tetiba pagi-pagi moral value terlebih pulak..huhu..
or maybe this semester I take Environment Economics, 
that why lah rasa sayang dengan bumi nie terlebih-lebih..

:: I love you, Earth ::





Sunday, March 03, 2013

Nafas Baru Semester 5

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan, happy March!
sekejapnya dah bulan March, banyak benda nak jadi bulan nie..
jeng jeng jeng, apakah benda itu?? hehe..
tunggu masa je nanti baru tahu..

start with new semester, new spirit and new life (maybe),
# selalu cakap macam nie tapi perangai still sama je..huhu..
dah nak final year rupanya aku nie, tapi rasa macam baru je masuk UiTM nie..
pejam celik pejam celik dah semester 5..
wahhh! dah senior lah..ahaks!
# senior lah sangat, perangai macam budak-budak juga..

maybe dengan azam baru, maybe dengan perangai baru..
# chop! perangai baru? what u means with "perangai baru"? haha!
maksudnya maybe perangai yang lebih matang, lebih sabar dan lebih kelembutan..
# KELEMBUTAN?? nie tak mungkin rasanya..ahaks!

In Shaa ALLAH, untuk kali nie aku akan buat yang terbaik..
always think positive and believe we can do it!
no matter whats happen, I must totally change my attitude,
tak boleh nak jadi malas sangat! hehe..
kena ada orang marah dan selalu ingatkan baru boleh berubah agaknya aku nie..
ish teruk betul perangai..huhu..

anyway for my classmates,
ayuh kembali ke "sekolah",
good luck for new semester,
and In Shaa ALLAH we will officially graduates next year..
horayy! >.<


Friday, February 15, 2013

Second Wishlist

ASSALAMMUALAIKUM
hello kawan-kawan!
dah lama tak update blog bucuk nie, 
sorry lah ye sebab aku tak ada mood and tak ada idea nak hadap kamu wahai blog..huhu..

hari ini hari tak best!
anyway ALHAMDULILLAH di atas rezeki yang ALLAH berikan..
aku dah usaha dan itu sahaja yang mampu aku dapat, so bersyukur lah..
ikutkan hati memang tak nak layan siapa-siapa hari ini,
konon tanda protes lah tapi lama-lama bosan lah pulak..

my BFF ajak keluar tadi, at least dapat juga release tension..
macam dah lama pulak tak tengok dunia luar,
cehh! padahal dah tentu selalu keluar sebab pergi kerja..haha!
cuci-cuci mata je lah yang mampu dibuat..
duit PT tak masuk lagi, gaji hujung bulan so memang melopong je lah..
O_o

tadi singgah kedai gadget, saja je usha DSLR..
# ini lah habit aku kalau pergi Mall, usha favorite camera aku..
selalu usha Tab favorite aku, tapi sekarang dah tak favorite sangat lah..
dengan tak sengaja tertoleh handphone pulak, 
ternampak Samsung Galaxy S III Mini!
# ini ternampak taw, bukan sengaja nak tengok..haha..
waaaaa, kenapa smart sangat handphone tu??
terus masuk wishlist! haha!


memang kena kerja cepat-cepat nie, wishlist dah bertambah..hehe..
tahun 2013, tahun kumpul wishlist banyak-banyak..
ntah dapat ke tak belakang cerita lah..
tapi aku memang dah jatuh hati dengan yang ini pulak..
In Shaa ALLAH, one day you will be mine!
>.<





Sunday, January 27, 2013

Sedar Diri!!

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan..

sekejap je rasa masa berlalu dah pun hujung bulan Januari kan..
tinggal lagi sebulan je cuti semester nie, rasa tak sabar pulak
nak habiskan study yang tinggal 1 semester lagi..
In Shaa ALLAH..
hari cuti macam nie ada lah masa nak update blog bucuk nie,
dah tak ada kerja lain kan nak buat lagi before naik kerja hari Selasa nie..

entry kali nie aku just nak share je dengan kamu semua..
bukan niat nak buat orang terasa hati ke apa ke, senang cakap 
entry nie tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia..
# macam selalu je dengar statement nie kan..haha!
untuk ingatan bersama sahaja, mungkin boleh dijadikan pengajaran hidup kita..
aku pun nasihatkan untuk diri sendiri juga..

sekarang nie aku tengok ramai manusia yang mengejarkan kemewahan,
tapi kita lupakan tanggungjawab yang sepatutnya..
kadang-kadang kita nie megahkan duniawi tapi alpakan akhirat..
tahu tak siapa yang bagi kita semua kemewahan itu pada kita,
kalau tak bukan ALLAH..
lepas kita senang kita lupa nak sujud terima kasih pada ALLAH kan?

bila kita jadi orang kaya, mulalah kita lupa diri, bangga diri dan menyombong dengan orang lain..
macam dekat dunia nie kita sorang je orang kaya yang perlu disanjungi orang ramai..
kita lupa dengan ALLAH, dengan apa yang telah diberikan pada kita..
akhirnya nanti kita dapat musibah dan kita salahkan ALLAH juga..
baru lah masa itu kita nak menyesal apa yang kita sebelum nie..

bila kita jadi orang miskin, mulalah kita nak mengeluh,
kenapa lah hidup susah lah, nasib hidup tak macam orang lain lah..
kita cakap ALLAH itu tak adil dengan hamba-Nya..
akhirnya kita buat kerja yang tak elok dan boleh mendatangkan padah dekat kita..

orang kaya ke orang miskin, kita semua sama je sebenarnya..
yang membezakan taraf hidup kita, tapi itu semua hasil usaha kita juga kan..
pada orang kaya, berkongsi lah harta yang kamu ada dengan orang yang memerlukan..
itu pun dengan niat kerana ALLAH dan bukan untuk menunjuk yang kita banyak duit..
pada orang miskin, berusaha lah mencari rezeki yang ALLAH dah sediakan..
itu pun dengan niat kerana ALLAH nak dapatkan rezeki yang halal..

pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan,
bersyukur dengan apa yang kita ada sebab itu semua cuma pinjaman ALLAH pada kita je..
apa yang kita ada sekarang bukan hak milik kekal kita pun..
jangan lupa pada siapa yang memberi semua nie..
dengan ALLAH kita minta, dengan ALLAH juga kita berterima kasih..
bila kita senang jangan nak berlagak dengan orang lain dan 
bila kita susah jangan nak mengeluh pulak..

ALLAH tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya,
ALLAH dah mengaturkan jalan hidup kita,
ALLAH itu MAHA ADIL..
kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan semua itu.. 
selalu lah ingat ALLAH ye kawa-kawan..
In Shaa ALLAH..



thanks sudi baca..
>.<



Saturday, January 26, 2013

Novel Indie

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk menempuh hari-hari yang mendatang..

tadi aku on Twitter and terfollow page I Love Lejen Shop, 
guest what??
banyaknya novel yang best-best dekat sini..
kenapa lah dari dulu lagi aku tak tahu pasal novel indie nie..hmm..
kalau tak aku tak payah lah selalu baca novel cintan-cintun je kan,
yang selalu buat aku berangan bagai..haha!

first time aku tahu pasal novel indie nie kawan aku yang kenalkan,
dia suruh aku beli satu novel color HIJAU..hehe..
maybe mula-mula aku suka novel tu sebab cover dia yang simple and awesome..


nie first novel indie yang aku beli! 
- TABU
comel kan cover dia, jalan cerita yang best..
thumb hand to Buku Fixi..hehe..
anyway thanks Kamali Kasrin kenalkan novel nie dekat saya..
>.<

lepas baca novel nie, aku mula addicted dengan novel-novel yang lain..
bila lah agaknya duit nie nak masuk gamaknya?
dapat beli 1-2 novel lepas kempunan nie..hehe..
kalau ada orang yang sudi nak belikan lagi lah aku berbesar hati dan sangat menghargainya..
# mulalah tu nak mengampu orang ye Yully..huhu..

so pada siapa yang minat juga dengan novel nie boleh lah follow page
Buku Fixi ke Terfaktab ke tak pun Lejen Shop..
# tolong promote taw, nie kalau diaorang tahu dapat lah juga novel free..haha!

opss! lupa nak mention,
esok petang Terfaktab buat event Kitab Terfaktab Launching dekat Petaling Jaya..
kalau lah boleh balik KL sekarang confirm boleh pergi esok..huhu..
sangat jealous tak dapat pergi, diaorang siap buat Terfaktab Party lagi..
theme KEMBALI KE SEKOLAH, comel sangat..hehe..
maybe next time dapat join bersama, maybe next year.. o.O
In Shaa ALLAH..


# thanks sudi baca..
>.<

Wednesday, January 23, 2013

:: SAYANG ::

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan!
SALAM MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL 1434H..
Happy Birthday to our Prophet (SAW),
junjungan setiap umat Islam..

malam nie tiba-tiba aku terfikir, 
bahagianya menjadi umat yang disayangi seperti Rasulullah SAW..
menjadi manusia yang dihormati, disanjungi dan dikasihi..
kalau kita mengikuti tingkah laku Baginda mungkin kita juga akan disayangi orang ramai..
In Shaa ALLAH..

so back to our entry "SAYANG"..
nak sayang siapa pulak nie?
family, friends, boyfriend/girlfriend ataupun siapa je manusia?
aku sayang semua orang!
# boleh tak macam tu?? hehe..
dengan sayang lah dapat mengeratkan lagi ukhuwah sesama manusia..
daripada benci jadi sayang kan, macam pepatah nie "tak kenal maka tak sayang"
# nie pepatah aku sendiri..huhu..

aku tengok ada orang sayang sangat dengan family, kawan-kawan dan orang keliling dia, itu bagus..
ada juga orang yang lebih sayangkan kawan-kawan dia je, itu kurang elok..
dan ada juga yang lebih sayangkan boyfriend/girlfriend dia je, itu lagi tak bagus..
fikir-fikir lah siapa yang patut lebih disayangkan siapa yang tak patut disayangkan..

pada aku sayang nie berperingkat,
first sayang family sangat-sangat-sangat,
second sayang kawan-kawan sangat-sangat,
last sayang boyfriend/girlfriend sangat, kalau dah jadi husband/wife baru sayang sangat-sangat-sangat..
benda yang simple je semua nie, tapi ada juga yang tersalah cara sayangkan orang..

in case couple, sayanglah couple kamu itu sampai akhir hayat..

# comel atuk dengan nenek nie.. >.<

bila dah sayangkan someone itu biarlah tulus dan sayang sepenuh hati,
jangan pernah sia-siakan dia sebab kita belum tentu akan 
dapat pengganti yang sama macam dia,
sentiasa lah jaga hati dia macam mana kita jaga hati kita sendiri,
jangan pernah sakitkan hati dia sebab kita yang akan 
rasa macam mana rasa sakit hati itu suatu hari nanti,
yang penting SAYANG DENGAN IKHLAS..

aku nasihatkan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain..
sayang orang memerlukan kasih sayang kita..
In Shaa ALLAH satu hari nanti kita akan rasa bahagia dengan dia..
>.<


aku mendoakan kebahagiaan orang-orang yang aku sayang,
semoga kamu semua bahagia hingga akhir hayat..
Amin..


thanks sudi baca..
o.O