Sunday, September 30, 2012

SETAHUN SUDAH!

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..

Alhamdulillah.. 
bulan September genap setahun aku di bumi Shah Alam..
banyak kenangan suka duka pahit manis aku lalui sepanjang dekat sini..
banyak benda yang aku belajar untuk hidup dekat tempat orang..
pandai-pandai lah kan hidup independent jauh dengan family..
dah dewasa kan tak kan lah tak reti hidup mendiri kot..

bila duduk jauh dengan family bukan maksud kita bebas dengan hidup kita boleh buat apa yang kita suka..
yelah sebab dekat depan parents kena jaga perangai
bila dah jauh mula nak jadi hantu plak..
MasyaALLAH jangan lah aku jadi orang yang lupa diri..

ada dekat sini ajar aku untuk jadi manusia yang berguna..
kena pandai arrange diri sendiri..
kena banyak sabar dengan orang keliling..
kena tahu macam mana nak control emosi bila marah..haha!
kawan-kawan yang banyak ajar semua tu..
# thanks korang ajar saya jadi budak baik..hehe..

kawan-kawan lah family aku dekat sini..
tempat luahkan masalah, share cerita
macam-macam benda boleh jadi bila dengan kawan-kawan..
cuba bayangkan kalau hidup tanpa kawan-kawan??
oh tidak!

banyak sangat benda yang aku dapat sepanjang ada dekat sini..
hopefully aku kuat semangat untuk habiskan sisa-sisa hidup di bumi Shah Alam..
lagi 2 semester aku dah nak habiskan study aku..
cepat sangat masa berlalu kan..
tak sangka lepas nie aku akan ada dekat alam pekerjaan plak..huhu..
kiranya aku dah dewasa lah nie..hehe..

yang menjadi persoalan sekarang dekat mana nak cari kerja??
mana-mana pon boleh je as long ada company nak terima kerja..
yang penting jangan nak demand sangat bila dah dapat kerja..
belajar dari bawah baru boleh kita survive sampai berjaya kan..
nanti dah kerja boleh fikir pasal kahwin plak..hehe..
# asik kahwin je ko nie Yully..tak ada benda lain nak fikir..haha!

KITA HANYA MAMPU MERANCANG 
HANYA ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALANYA..
INSYAALLAH, 
ALLAH selalu ada dengan hamba-Nya..

# thanks read this entry..
0_o

Sunday, September 23, 2012

JODOH??

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
hari minggu yang membosankan..
# asik bosan je kerjanya..huhu..
tadi pagi cuaca molek je tapi petang nie angin macam tepi pantai..
macam suruh berehat sepanjang hari nie..hehe..

tiba-tiba teringat malam tadi pergi makan dengan kawan aku dekat kedai makan Seksyen 7..
biasalah kan malam minggu ramai yang lepak dengan kawan-kawan dengan couple..
# kamu cemburu ke Yullyanna??LoL!haha!
tak ada lah nak cemburu sangat tapi rasa best plak kan ada partner..
boleh temankan pergi makan, pergi shopping..huhu..
berangan je lebih aku nie, study tu abiskan dulu baru boleh fikir hal tu..

aku teringat cikgu dekat sekolah cakap,

"awak boleh dapat orang yang lagi baik 
bila further study dekat IPT nanti"

# saya dah sampai IPT dah tapi tak jumpa juga pon cikgu..hehe..
aku bukanlah addicted sangat nak ada partner nie..
aku ramai kawan so aku tak kesah kalau aku tak ada sape2..
# ceh ayat tak nak kalah kan Yully..haha!
kalau aku ada partner sekali pon kawan-kawan aku still diutamakan..
0_o

kalau orang-orang cakap aku tak care dengan partner aku,
jawapan aku "bukan tak nak care tapi saya lebih sayangkan kawan-kawan saya"
nak compare kawan dengan partner,
kawan-kawan ibarat nyawa aku selepas family aku..
without friends kita hidup sorang-sorang je la dekat dunia nie..
partner boleh cari lain kalau dia dah tak nak dengan kita..
that why aku nak cari partner yang boleh jadi sahabat yang setia..
senang cerita carilah partner yang memang confirm boleh jadi future husband kita..
tinggalkan je partner yang nak main-mainkan perasaan kita..
# pandai ea ko nasihatkan orang lain..huhu!

kawan-kawan aku yang sibuk suruh aku cari partner..
tak mati lah tak ada partner..
setiap kali hang out dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa,
mulalah masing-masing tanya "ko dengan sape sekarang Yull??"
bosan aku dengar soalan yang sama..huhu..
jangan risau kawan-kawan bila aku dah confirm dia memang partner aku
for sure aku buat conference macam artis-artis tu..haha!
nie lah kalau ada kawan-kawan yang terlampau amik berat hal kita..
menyibuk je hal orang, diri sendiri pon tak stable juga..

buat masa sekarang biarlah aku dengan hidup aku..
- SINGLE -
seronok taw hidup sorang nie even kadang-kadang membosankan,
tapi tak apa lah at least aku tak peningkan kepala nak fikir macam mana nak jaga hati orang lain..
jaga diri sendiri pon huru-hara lagi lah nak jaga diri orang lain..huhu..
tapi sekarang nie aku dapat part time job..
jadi penasihat kepada kawan-kawan aku..
tak kesah lah masalah apa pon termasuk lah masalah cintan cintun nie memang tak miss..
that why aku terasa nak jadi psychologist..best!
pada masa yang sama aku boleh ingatkan diri aku sendiri..

jodoh pertemuan ajal maut semua dekat tangan ALLAH..
cuma lambat atau cepat je kita akan dapat..
sama juga macam rezeki kita..
semua orang akan jumpa masing-masing satu hari nanti..
bila dah jumpa kenalah jaga elok-elok sebab jodoh tu datang sekali je dalam hidup kita..


# selalu berangan nak jadi macam mereka..

# thanks baca entry nie..
0_o




Friday, September 21, 2012

WAHAI JOHOR BHARU!

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2..
2 minggu dah dekat Shah Alam, weekend yang membosankan tanpa kawan-kawan..
semua balik rumah keluar dating..sangat cemburu!haha!
# senget la Yully nie..tu pon nak cemburu bagai..huhu..
ada masa terluang lebih baik spend dekat bilik je..
boleh rehatkan badan, study apa yang patut..
# jangan dok online je Yully..
0_o

tiba-tiba aku terbuka plak folder gambar-gambar masa study dekat JB dulu..
miss that moment.. =(
alangkah bagusnya kalau JB dekat dengan SA, kalau ada masa boleh ulang alik pergi JB..
nie nak pergi JB pon 6 jam, memang tak akan lah aku nak pergi..haha..
tunggu ada masa free la baru sampai JB lagi..

tapi Raya hari tu dapatlah juga lepaskan gian pergi JB..
rindu orang-orang dekat JB!
terubat lah juga rindu dengan mereka, at least dapat jumpa sekejap pon tak apa lah..
kebetulan je temankan Yayan pergi interview SPA dengan Pija, dapatlah singgah kolej sekejap..

KOLEJ ISLAM JOHOR, YPJ..

tempat aku menuntut ilmu semasa diploma aku..
tempat tu lah banyak ajar aku erti hidup sebenar..
hidup independent, hidup dalam keadaan sabar nak hadap macam-macam kerenah orang keliling..
sangat tercabar dengan hidup macam tu..
dapat juga rasa pikul tanggungjawab yang besar nak jaga budak-budak hostel..
macam-macam perangai ragam, yang ok ok lah tapi yang macam hampeh tak ke meluat..
sabar je lah dengan mereka..
at least aku belajar something yang sampai sekarang aku tak akan lupakan..
- HORMATI SESAMA MANUSIA -
sebabkan rasa hormat dulu sampai sekarang aku still dihormati dengan kawan, junior 
even lecturers and staff pon still ingat aku..
Alhamdulillah, tapi aku bukan nak cakap yang aku nie hot stuff masa kolej tu..hehe..



dah dapat lepaskan rindu dekat kolej, kitaorang pergi beraya plak..
# sempat lagi tu, padahal dah penat sangat masa tu..
niat kami nak menziarahi kawan-kawan je..
dapatlah pergi rumah Kamali dekat Plentong..
aku suka sangat environment rumah dia, patutlah gambar-gambar dia sangat awesome..
keliling rumah hijau je and sangat tenang.. 0_o
sempat plak dia dengan maknya masakkan untuk kami..
# sedap ko masak Kamali!
perut pon tengah lapar kan..haha..



next destination go to Aishah's house..
"lamanya nak sampai" tu je lah perkataan yang boleh keluar sepanjang nak pergi rumah Ay..hehe..
jauh kot nak pergi rumah dia, rupanya kami salah jalan lah..haha!
lastly sampai juga, mak dia masak mee kari..sedap!
last rumah pergi rumah Nizam (pakwe Pija)..
makan lagi nasi ayam, memang kenyang sangat..
dalam kereta boleh terus tido..huhu..

sangat seronok spend time dengan kawan-kawan..
bukan senang nak dapatkan masa free nak jumpa kawan-kawan lama..
oh!lupa nak say thanks dekat Azman, Abg Ag, Kiran, Alip sebab sudi spend time lepak dengan kami..
to Emelia juga bagi kami tumpang tido dekat rumah kamu..
nanti kami datang lagi ye..hehe..
hopefully dapat lepak dekat JB lagi lepas nie..


# thanks for the reading..
0_o



Tuesday, September 18, 2012

CERITA KAMI

ASSALAMUALAIKUM..
hello & happy September kawan2..
sekejapnya dah bulan 9 aku dah start semester baru..
dah lama tak update blog bucuk nie..
macam2 cerita aku nak story..

tahun nie sambut raya best sebab mak spend time dengan kami dekat kampung..
even raya dengan air mata but we're still happy together..
hopefully apa yg aku impikan akan tercapai lepas nie..
InsyaALLAH.. 0_o
konvoi raya dengan member2 sangat best..
time raya la banyak benda yang tak diduga berlaku..
saja je kan nak test kesabaran aq..
tapi tak apa lah hal dah lepas so biarlah..

habis raya naik semester baru plak..
excited nak balik Shah Alam cepat-cepat sangat bosan dekat Batu Pahat..huhu..
semester baru azam baru and hopefully i will try to change my attitude..
part 4 dah sekarang nie lagi 1 semester and then practical..
excited nervous nak practical..
yang menjadi masalah sekarang tak tahu nak practical dekat mana..
lama lagi so fikir nanti-nanti la..hehe..

latest story 
last week aku stay dekat rumah mak dekat Pandan Indah..
temankan mak lepas tu mak bawa pergi jalan-jalan..hehe..
pergi SOGO, MYDIN MASJID INDIA, CAREFOUR WANGSA MAJU, THE STORE AMPANG..
nasib baik tengah kering kalau tak confirm tempat jauh lagi aku ajak mak pergi..
bila dah sedap duduk kat rumah mulalah malas nak balik kolej..
cuti 4hari plak tu kalau hati aq seronok nak balik Batu Pahat
dah lama aku balik even baru seminggu dekat sini..
tapi apakan daya hati aku dah tak nak balik sana lagi..
tunggu je la cuti mid-sem nanti..

lagi berapa bulan umur aku dah nak masuk 22tahun..
semakin dewasa aku harap aku lebih matang..
dah penat nak jadi macam dulu..
perangai sensitif cepat terasa hati nak merajuk je..
buruk kot perangai macam tu..
be a mature person Yullyanna!
hadapi hidup dengan tenang dan sabar..
macam orang selalu kata 
"ALLAH tak akan bagi kita ujian kalau 
kita tak mampu nak selesaikan semua tu.."