Friday, July 13, 2012

LELAKI DI KACA MATA PEREMPUAN..

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan2.. 0_o

smart tak title post aq?hahaha..
tak tau macam mana boleh nak story pasal hal nie..
aq nie ada 1 habit yg orang lain tak berapa nak suka
iaitu memerhatikan orang..hehe..
even orang tu tak rapat dengan aq tapi 
aq still boleh tau kalau ada pape perubahan pada diri dia..
magik tak??hahaha..

aq suka tengok orang lelaki..
normal la kan perempuan suka tengok lelaki..
kalau aq suka tengok perempuan juga bengkok namanya..haha..
macam2 perangai yg ada pada lelaki nie..

1- lelaki yang hormat parents kita..
even dia bukan pakwe kita tapi cara dia perangai dia dengan parents kita sangat sopan..
jangan tanya la kalau parents kita asik tanya hal dia je kat kita..hehe..
konon2 nak ambil berat la..haha..

2- lelaki yang baik tapi perangai belagak..
pelik tak?lelaki tu sangat baik tapi tak ada la perfect pun..
cuma 1 je perangai dia yang belagak
contohnya bila keluar date semua benda dia nak belikan untuk kita..
konon nak nak tunjuk dia lagi banyak duit nak comparekan dengan kita..
tapi kadang2 perempuan nie salah anggap manalah tau dia tak nak susahkan kita keluar duit kan..

3- lelaki "king control"..
wei aq ingat "queen control" je ada juga "king control"..haha..
nie perangai yg buat aq meluat dengan lelaki..
eh hello!!ko baru ada makwe nak control itu ini..baru makwe taw bukan ISTERI..
kalau dah sah jadi isteri boleh la nak jadi "king control"..

4- lelaki yang caring..
lelaki macam nie lah idaman semua perempuan kan..
# aq pun..hahaha..
tak kesah la bila kita susah ke senang ke he always behind us..
bila kita sakit dia hantar pergi klinik..
bila kita tak sempat nak makan dia hantarkan makanan..
(mula lah ko berangan YULL..haha..)

5- lelaki panas baran..
lelaki macam nie sangat bahaya..
salah sikit kena tengking kalau salah banyak ntah2 kena humban dalam laut..hehe..
susah taw kalau dapat kawan ke pakwe ke yg macam nie..
tak boleh salah sikit pada dia semua nak perfect..
padahal diri dia tak adalah bagus sangat pun..
ntah2 lagi teruk adalah..huh!!

6- lelaki yang tak reti hargai perempuan..
1 soalan untuk kaum lelaki..
mak korang perempuan kan?for sure la korang respect n appreciate mak2 korang kn..
so kenapa payah sangat nak appreciate perempuan lain?
1 masa nanti diaorang pun akan jadi wife jadi mother untuk anak2 korang kan..
so fikir2kan lah.. 0_o

7- lelaki yang terlampau sayang kat perempuan..
hah..apa yg pelik sangat dengan lelaki macam nie??
lelaki macam nie pada aq dia nak sayang semua perempuan..
bukan tak boleh nak sayang semua perempuan tapi memadai la..
tau lah lelaki ada 4 korum tapi tak yah lah nak lebih2..
ikut KEMAMPUAN bukan ikut KENAFSUAN..
#peh!!ayat ko class jah..hahaha..

8- lelaki yang selalu bagi nasihat bagus2 tapi 
diri dia tak pernah berubah jadi baik..
lelaki macam nie pun payah gak..
dia nak bentuk kita jadi orang berguna tapi dia sendiri tak ada lah molek sangat perangainya..
but at least aq respect lelaki macam nie..nampak je perangai dia buruk tapi hati dia baik..
kadang2 nasihat2 diaorang memang elok kita dengar even perangai diaorang teruk..
so don't judge a book by its cover..hehe..

9- lelaki yang tak nak mengaku salah dia..
i hate this kind of guys..
jangan nak ingat semua hal yg korang buat tu molek sangat ea??
kadang2 ko yg buat salah tapi nak salahkan orang lain pula..
tak mengaku salah sendiri..ingat macho sangat ke tunjuk ke"gentelman" ko tu..
perempuan2 tolong avoid lelaki macam nie..
memang tak boleh buat future husband..

10- lelaki yang terlalu sabar..
YA ALLAH bagusnya Engkau cipta umat macam nie..
tapi lelaki jangan la sabar sangat sampai kepala korang kena pijak2 pula..
lagi2 kalau dapat makwe yg suka suki buat drama belakang ko sebab ko tu baik sangat
tak penah tegur salah yg dia buat..
boleh nak sabar tapi tolong limitkan kesabaran ko tu..

11- lelaki yang berbakat..
aq suka lelaki macam nie..
even level education dia tak berapa sangat
at least dia ada usaha untuk improve diri dia..
macam2 benda dy boleh buat..
macam MY ABAH..abah aq pandai semuanya..
masak, kemas rumah, buat rumah, macam2 la..
senang cakap kalau dia dekat rumah semua siap..
anak2 dia je yang pemalas..hahaha..

actually nie isi hati aq pada kaum ADAM..
sebab aq dah berhadapan dengan ramai orang 
so aq boleh tau macam mana perangai lelaki nie..
cerita2 nie tak ada niat nak kene mengena dengan sapa2 pun..
aq just nak share je..hope tak ada siapa yg terasa hati..peace.. 0_o


aq suka AIZAT tapi aq nak pakwe macam ANAS
sebab dia comel.. ^_^

thanks baca entry nie..
0_o


No comments:

Post a Comment