Wednesday, May 28, 2014

Selamat Tinggal

Assalammualaikum!

bulan 5? ohh tidak! masa berlari ke apa ni? cepat masa berlalu rupanya, dah nak sampai pertengahan tahun 2014. dan aku masih dengan gelaran PENGANGGUR TERHORMAT! *kesat air mata

lupakan kejap pasal cari kerja tu, aku tengah mood gembira lepas konvo ni. (: Alhamdulillah selesai sudah Hari Jubah 19 Mei hari tu, terima kasih Mama Abah sanggup datang walaupun memula macam krik krik krik tak nak datang kan. ): mungkin sebab lepas kena ugut  dengan aku, tu pasal datang. *jahat


tapi yang sedih tak dapat jumpa semua classmate, hanya suku je yang sempat jumpa ambil gambar sesama. ada yang sempat hai hoi je bila bertembung dalam dewan tu, bila entah dapat jumpa lagi. tunggu memasing wedding kot dapat kumpul reramai lagi. (: *cepat kahwin kekawan


semua tu dah tinggal kenangan, kenangan yang manis maybe. bersama selama 2 tahun setengah bersama korang adalah moment yang paling best! kali ni punya tamat pengajian memang rasa sedihnya sebab kita semua jauh antara satu sama lain, hope our relationship still forever kekawan! Amin. (:

susah senang bersama sewaktu latihan industri, #GengUiTMLarkin

dia antara penasihat aku, #BFF

dan maybe ni kali terakhir kali jejak kaki ke Kuala Lumpur, bandar yang ajar aku erti susah dan sabar untuk hidup. banyak benda jadi sepanjang disana and hopefully dapat kesana lagi lepas ni. terima kasih Mak melayan kerenah anak Mak yang entah pape ni. hoho! love you Mak! muahhh!

bersedia untuk perancangan masa depan yang banyak dugaan ni, banyak hal mahu difikirkan. may Allah ease everything, InShaa Allah. (:





Saturday, April 12, 2014

Kerja oh Kerja

Assalamualaikum! April? April? April? almost 4 months goyang kaki ala-ala mem besar dekat rumah ni, ingat seronok ke? sangat membosankan! sila bagi aku kerja dengan kadar segara.


dulu duduk rumah time cuti semester kira boleh terima lagi lah sebab penat study so nak rehatkan otak, tapi masalah sekarang dah tak ada nak rehatkan otak lagi. sekarang aku baru rasa macam mana susahnya cari kerja lepas habis study ni, mencabar kesabaran juga. -.-"

jadi penganggur terhormat dalam jangka masa yang lama ni bukan something yang heaven lah. tak heaven bila kau ada hutang keliling diri dan lagi rasa sesak bila saving account kau tinggal kosong kosong kosong SEN! tambahan lagi nak bersidang lagi sebulan ni, mulalah rasa serabut kepala otak nak cari duit. adoyai, tak mengeluh cuma sedih. ):

tetiba rasa useless sebab tak mampu nak berjuang untuk diri sendiri, belajar tinggi tinggi tapi sampai sekarang tak dapat kerja lagi. but at least aku dah cukup berusaha pergi ke hulur ke hilir cari kerja kosong, duduk hadap laptop setiap hari online tengok kerja kosong. tak lah rasa loser sangat, cuma belum ada rezeki lagi gamaknya. doa bebanyak selalu, percaya Allah dah bagi rezeki untuk semua orang. Amin. (:







Thursday, April 03, 2014

Ilmu : Penyambungan Nama

Assalammualaikum.

aku tak pernah share ilmu yang berunsur Islamic dekat sini, bukan tak nak tapi nanti ada orang aku memandai lah blablablablabla.. *negative negative negative

bukan tak nak lah tapi aku selalu share dengan diri sendiri je tapi kali ni tak tahu kenapa nak share dengan kekawan. tadi aku scroll lah timeline FB tu sebab memang tak ada kerja, terbaca ada kawan ni share status orang lain pasal "Penyambungan Nama". ni macam ala-ala orang barat lah, since korang dah kahwin nama suami letak belakang nama isteri.

aku ada perasan orang orang yang guna macam ni, pada aku memang tak elok sebab kita ni cuma berBINTIkan nama ayah kita je. tapi tak tahu lah pulak hal ni memang ada hukumnya. bila google dan baca statement dari blogger lain, baru aku percaya dengan hadith ni. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” - (HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

sekadar perkongsian bersama kekawan, daripada kita tahu kita jadi tahu. tambah ilmu katanya, tak salah kan? (:




Thursday, March 13, 2014

Shortie : Dia




masuk tahun ke-6 dia hadap masalah yang sama. dia dan Allah sahaja yang rasa dan tahu. dari mana dia dapat kekuatan? jangan ditanya kalau kau sendiri tahu jawapannya.

perubahan diri dia sekarang disebabkan pengalaman yang lampau dan manusia sekeliling dia. pada dia marah bukan jalan penyelesaian tapi perlukan perbincangan, sebab dahulu dia berperang dengan emosi sendiri. makan tahun untuk dia mengubah diri dia dan akhirnya dia seperti sekarang.

bila dimarah dia diamkan diri, orang lain anggap berdiam diri tidak akan selesaikan masalah tapi pada dia itu salah. bila dia tenang dia akan cari penyelesaian yang terbaik untuk kedua pihak. selesai juga kan masalah itu? cuma mungkin ambil masa, yang penting selesai.

dan dia tetap akan diamkan diri bila ada sesuatu yang menyakitkan hati dia, apa yang dia boleh lakukan? mengamuk tak tentu pasal? menangis sepuasnya? dia penat. ye penat sebab selama ini dia seperti itu, umpama manusia yang paling lemah.

sekarang dia dengan perangai yang baru bersama semangat yang baru, tapi perasaan yang berbeza. manusia yang tak ada perasaan, mungkin seketika atau mungkin selamanya. dia tiada sesiapa melainkan Allah dan itu kekuatan dia.



Monday, February 17, 2014

5 tahun 1/2

Assalammualaikum.

ucapan ALHAMDULILLAH yang aku mampu sekarang ni, bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. officially graduate on time, yeayyy!!! (: tinggal tunggu nak konvo bulan May ni, InShaa ALLAH.


rupanya dah 5 tahun setengah jadi student, rasa macam sekejap je. pejam celik pejam celik dah habis study. start study dulu rasa macam lambatnya nak habis study, tak sanggup nak hadap lah bla bla bla bla bla. sekarang dah habis dah menganggur dekat rumah baru nak terasa rindu masuk class semula.

bila ingat balik waktu study dulu memacam hal jadi, dengan perangai macam hampeh, dengan manusia sekeliling yang memeningkan otak. haha! kalau kumpul semuanya boleh buat filem gamaknya, natang! -.- sekarang aku rasa rindu sangat dengan kekawan dengan keadaan yang dulu, haish sedih pulak. ):

ucapan TERIMA KASIH tak terhingga untuk semua cikgu, semua pensyarah, semua tenaga pengajar, semua "pakar motivasi", semua sekali lah yang selalu ada di belakang di depan di kiri di kanan yang selalu bagi semangat dan sokongan. tanpa korang semua, aku tak mampu capai apa yang aku dapat sekarang.

dan ucapan TAHNIAH untuk kawan seperjuangan! *ceh ayat! jumpa korang konvo bulan May nanti, rindu korang semua. hope dapat kumpul lagi dengan kekawan lepas ni, kalau buat reunion memasing dah bawa anak-anak. comey! huhu. 


Sunday, February 09, 2014

Jodoh Rahsia ALLAH

Assalammualaikum.

pagi Ahad yang sunyi sepi, ceh!
sunyi lah sangat, sebab aku tak ada kawan gaduh dekat rumah. haha!
dah masuk bulan Februari, aku still rasa kekok dengan cuti weekend ni. -.-

wah!! bulan Februari sudah? Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu.
maknanya masuk dua bulan aku jadi penganggur terhormat. 
* sadisnya ayat
belum ada rezeki kerja lagi, chill lex dulu dekat rumah. (:

kenapa tetiba terasa nak cakap pasal jodoh ek?
maybe ramai sangat dah kekawan kahwin kot, eh!
rasa tergugat ke Yully?? tettttt...
o.O

I pray for your happiness kekawan semua,
kekal sampai akhir hayat, dapat baby cepat cepat!
* ni yang aku excited!
seronok layan budak kecik ni, 
walaupun ragam diaorang kekadang buat aku hilang sabar.

ALLAH dah sediakan jodoh buat kita, so don't worry. (:
cuma cepat atau lambat saja, tu terpulang pada usaha kita kan?
orang cakap benda baik jangan lenggahkan, memang betul.
tapi kalau masuk bab kahwin ni banyak benda kena fikir.
especially RESPONSIBILITY = TANGGUNGJAWAB!

korang ingat kahwin ni suka suki saja??
awal awal memang rasa seronok, honeymoon sana sini.
bila dah ada baby nanti baru korang sedar betapa beratnya tanggungjawab tu.
pada yang ready aku ucapkan tahniah,
pada yang tak berapa nak steady lagi tu, sedar sedar lah.
sebab tu lah aku tak berapa nak ready steady lagi dalam bab ni. huhu.

ada certain orang couple dari sekolah at last sampai pelamin, Alhamdulillah.
* aku memang salute orang yang pertahankan hubungan macam ni, ceh!
ada certain orang couple orang lain, kahwin orang lain.
benda ni aku tak kesah sangat, selalu jadi depan mata tapi bukan aku lah.
dengan siapa pun jodoh kita, terima dengan hati yang terbuka.

sebab tu lah aku cakap,
"JODOH RAHSIA ALLAH"
doa lah bebanyak supaya dikurniakan jodoh yang terbaik untuk kita.


"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,
atau sebaliknya."
(:








Monday, January 20, 2014

Yayan Beadslacehouse

ASSALAMMUALAIKUM 
Hello kekawan and Happy Monday!

promote time!
dengan rasa sukahati, aku nak promote 

Yayan Beadslacehouse!

orang perempuan sekarang kan trendy kan?
sekarang trend baju manik manik lah,
labuci sana sini, lace lagi..
kalau nak buat tudung half moon pun cantik!

siapa yang berminat semua ni boleh buat tempahan di 
aku tolong promote bagi pihak tuan kedai.
(:






Saturday, January 11, 2014

BFF

Assalammualaikum & hello kekawan!
Happy Saturday!
minggu kedua manusia dekat Johor berhujung minggu.
*still rasa kekok lagi weekends dah berubah

bila tak ada kerja nak buat, hadap lah benda ni saje.
tadi pagi aku belek lagi gambar lelama,
masa zaman sekolah sampai lah zaman Degree.
nak tergelak pun ada juga tengok balik, ahaks!
tetiba mula rasa rindu teramat sangat dengan mereka semua.
*sobs sobs sobs ):

of course lah teringatkan part of my best friends!
rindu korang sangat! (:
selalu orang yang ada BFF ni, ada sorang BFF je ke?
BFF aku ramai kot, haha!
setiap BFF ada function sendiri.
mesti ada yang tak faham kan? huhu.

ada BFF aku yang nasihatkan pasal everything dalam hidup.
pasal personal life, pasal family.
kiranya mereka ni tahu semua pasal kehidupan aku.

ada BFF aku yang nasihatkan pasal kerjaya.
yang ni memang best, selalu suggest kerja untuk aku.
siap carikan kerja kosong lagi, hebat!
thanks sayang membantu. (:

ada BFF aku yang nasihatkan pasal kehidupan.
selalu ingatkan aku pasal lumrah kehidupan sekarang.
selalu bagi nasihatkan yang membimbing.
thanks kamu! (:

ada BFF yang nasihatkan pasal study.
ni time jadi student dulu lah,
tiap hari nak stress je hadap assignment lah, report lah.
nasib baik ada kata-kata semangat dari belakang,
JANGAN MALAS YULLY!!

ada BFF yang nasihatkan pasal LOVE LOVE LOVE!
actually aku bosan hadap benda ni,
tak tahu kenapa hati tetiba tak boleh terima.
belum tiba masa kot nak fikir soal ni,
tapi bila aku try first step, selalu sangat di"ignore"kan.
faham tak perasaan apa yang kau rasa lepas tu? -,-
that why memang malas nak fikir.

anyway from deep of my heart,
thank you very very very much my BFF's!
korang selalu memahami perangai kawan korang yang sewel ni.
tanpa nasihat korang, maybe aku dah kelaut dengan dunia aku.
muahhh!




Friday, January 10, 2014

Dunia Intern

Assalammualaikum & Hello kekawan!

belum terlambat rasanya nak wish
"HAPPY NEW YEAR 2014!"
tak excited sangat pun tahun baru ni,
sebab azam baru aku dah buat masa 1 Muharram.

wahhh! almost sebulan habis intern,
rasa rindu dekat family TM terasa sangat.
boleh dikatakn selalu juga mimpi mereka semua.
*nampak tak rimdu melampau??

selama 5 bulan bersama mereka banyak benda aku belajar.
sebelum ni tak suka Marketing Department, sekarang boleh terima.
sebelum ni tak suka face to face dengan orang, sekarang boleh terima.
sebelum ni tak suka call customers, sekarang boleh terima.
senang kata lepas intern ni semua lah boleh terima dalam jiwa.

honestly, under Consumer Sales (CS) memang penat!
banyak kena handle events, banyak kerja lah senang cakap.
*kekadang mengeluh juga -,-
tapi bila dah involved dengan agents and team CS memang best!
at least pernah lah merasa macam mana penatnya semua tu.

dah habis intern ni mulalah rindu suasana tu.
rasa nak masuk office semula,
rasa nak join events lagi.
ni lagi lah mereka dah tukar office baru, 
memang lagi excited nak jumpa mereka! (:

nasihat mereka semua selalu aku ingat,
nasihat pasal masa depan, pasal kehidupan and pasal kahwin juga!
haha! Encik Jai lah ni, selalu trick soal hati.. -,-
Encik Razak selalu cakap pasal soal masa depan, Puan Jannah pun sama juga.
haish! semakin rindu bila ingat semula. ):





 setiap kenangan yang indah pasti akan terpahat dalam ingatan,
setiap nasihat yang berguna pasti akan sentiasa dijadikan panduan.
TERIMA KASIH CONSUMER SALES, TM BATU PAHAT!