Friday, November 30, 2012

PHOTOGRAPHER

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan-kawan..
hopefully kamu semua sihat.. 
malam hari terakhir bulan November, 
tiba-tiba terkeluar pula idea nak kepoh-kepoh dekat blog bucuk nie..hehe..
banyak kerja sekarang nie so tak ada masa nak story-story dekat sini..
# padahal selalu je online..haha!


photographer?who?
aku selalu berangan nak ada boyfriend photographer..
haha!jangan tanya kenapa sebab aku sendiri pun tak tahu puncanya..
tapi maybe ter"influence" kot, 
sebab cousin aku, abang saudara aku even kawan-kawan aku pun ramai jadi photographer..
no wonder lah kalau aku ada simpan cita-cita nak jadi photographer 1 day nanti..hehe..

apa specialnya jadi photographer ini??
pada aku bukan sebab income yang mereka dapat,
tapi photographer ini sangat KREATIF!
cuba tengok gambar yang diaorang shoot sangat awesome!
tak kesah lah dekat mana bila masa diaorang shoot,
semua gambar mesti cantik..
itu pada perception aku, tak tahu lah orang lain pula..

that why lah aku jatuh hati dengan photographer nie..huhu..
In Shaa ALLAH kalau diberi kesempatan,
maybe 1 day aku nak jadi photographer juga macam mereka..
part time pun jadi lah, boleh tambah income sikit-sikit..hehe..

hopefully apa yang aku hajati tercapai suatu hari nanti..hehe..
# dah angau sangat dah nak photographer.. >.<


# thanks sudi baca entry kali ini..
o.O

Thursday, November 22, 2012

NOVEMBER 2012

ASSALAMUALAIKUM
hello kawan-kawan!
cepatnya masa berlalu, lagi seminggu dah nak habis bulan November..
maknanya lagi sebulan lah nak habis tahun 2012..
waaaaa!sangat cepat, misi 2012 tak tercapai lagi dah nak masuk tahun 2013 pula..
tapi apa-apa pun kehidupan perlu diteruskan..
# apa yang saya cuba sampaikan nie..haha!

- NOVEMBER -
bulan bersejarah bagi saya, bulan birthday saya for sure lah bersejarah..hehe..
actually banyak hal jadi bulan nie..
bulan penuh dugaan bagi saya, penuh cabaran..cewah ayat!

awal bulan dah sibuk dengan project, assignment bagai..
mana nak study untuk MUET lagi..
aduhaii..cubaan sungguh..hehe..
ditambah pula dengan demam lagi..
nie semua gara-gara gigi bongsu nak tumbuh..
bertapa sakitnya hanya ALLAH sahaja yang tahu..

bila dah baik demam, sakit lain pula menimpa diri nie..
gara-gara tak makan masa demam so gastrik pula melanda..
nak test bagai time tu lah sakit..
ada hikmah kenapa jadi macam nie.. =)
hadapi dengan redha je..

anyway lupa nak say thanks pada kawan-kawan saya yang konon nak buat surprise kan..
tapi memang surprise lah sebab saya tak expect pun korang akan celebrate birthday saya dengan keadaan saya demam macam tu..hehe..
sayang korang sangat-sangat..


# kek tu sedap sangat tapi dapat rasa sikit je.. =(

thanks juga pada mama, abah dengan adik-adik sebab jaga saya demam..hehe..
dan pada kawan-kawan yang lain sebab ingat birthday saya..

congratulation juga pada kawan baik saya, NURUL SYAFIQAH NORAHMAN..
dah tukar tittle Puan dah kawan saya nie..
hopefully masjid yang dibina kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh solehah..
Amin..


kawan-kawan yang lain bila turn korang??hehe..
oh!lupa nak say congrates juga pada kawan saya sebab selamat melahirkan baby boy (kalau tak silap)..
taniah NURUL AMIRA, baby kamu sangat comel..
# teringin nak anak cepat-cepat pula..haha!

bulan yang penuh tragedi..
hmm..moga bulan akan datang akan berjalan dengan sebaik mungkin..
InsyaALLAH..

# thanks sudi baca entry nie..
o.O




Wednesday, November 07, 2012

PEMERGIAN KUIKUI

ASSALAMUALAIKUM
hello kawan-kawan..
punyalah aku excited naik bulan baru nie
tetiba dapat berita yang menyedihkan..

# gambar hiasan (bukan Kuikui yang sebenar)

Wanie bagitahu Kuikui dah mati.. =(
baru nak jumpa dia this week tapi tak sempat plak..
takziah ye atas pemergian Kuikui..

Kuikui nie sugar glider lah..
comel kan nama dia..hehe!
aku ingat lagi first time jumpa Kuikui
punyalah excited nak pegang sampai dia masuk dalam baju..
rasa geli tu tak dapat nak ungkapkan..haha!

memang dia sangat COMEL!!geram!hehe..
badan dia yang kecik mata dia yang bulat..
bila jumpa nak picit-picit dia..haha!
Kuikui nie tak banyak makan sama lah macam tuan dia
tapi tuan dia tak banyak makan sebab nak DIET!
haha!sorry Wanie..

satu benda yang aku ingat pasal Kuikui nie yang Wanie cerita
bila dia makan tembikai najis dia warna merah..
bila dia makan betik najis dia warna kuning..
cuba bayangkan kalau najis manusia sama macam tu..
haha!choiii!tak senonoh lah kau Yully!

tapi sayang usia Kuikui tak panjang..
maybe dah tiba masa dia untuk pergi..
# ceh!dah macam manusia plak yang meninggal..hehe..
anyway kami memang rindu dekat Kuikui..

p/s : Wanie carilah teman pengganti Gemok..
kesian dia dah tak ada kawan nak gurau..


- MISS KUIKUI -

# thanks for the reading..

Sunday, November 04, 2012

- SAYA PELAJAR -

ASSALAMUALAIKUM..
hello kawan and happy November!
sekejapnya masa berlalu dah masuk bulan November..
lagi sebulan nak masuk tahun 2013..
jangan lupa juga bulan Islam pun dah nak berakhir..
15/11/2011 nie dah 1 Muharam 1433H..
# jangan lupa baca doa akhir dah awal tahun kawan2.. 0_o

aku baru sampai Shah Alam tadi selepas menghabiskan cuti mid-sem selama seminggu lebih..
wahh heaven nya cuti lama, tapi malas yang amat sangat bila nak naik nie..huhu..
masa on the way dalam bus aku termenung jap..hehe..
dah lama rupanya aku nie belajar kan..
start dari Tadika sampai lah Degree nie, almost 16 tahun memegang tittle "PELAJAR"
# lamanya nak jadi pandai kan..hehe!

umur 6 tahun - TADIKA KEMAS SUNGAI KELAMBU
# kelakar kan nama kampung aku..haha!nie lah tempat aku besar..
umur 7 - 12 tahun - SEKOLAH KEBANGSAAN PESERAI & SEKOLAH AGAMA PESERAI
# budak hingusan lagi..hehe..
umur 13 - 17 tahun - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ONN
# berusaha menjadi matang tapi kawan-kawan cakap aku memang macam budak-budak tapi GARANG!
umur 18 tahun - SEKOLAH TINGGI BATU PAHAT
# form 6 sebulan je!haha!kena marah dengan mama sebab keluar form 6..
umur 18 - 21 tahun - KOLEJ ISLAM JOHOR
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY batch July 2008 - January 2011..
# tempat nie lah ajar aku hidup independent and matured..
umur 21 - 24 tahun - UiTM SHAH ALAM
DEGREE IN BUSINESS ECONOMIC batch September 2012 - January 2014
# InsyaALLAH tinggal dua sem aku nak tamatkan pengajian nie..hopefully semua berjalan lancar..amin..

next planning?
merancang sesuatu yang baik untuk future aku
menjadi seorang CIKGU!mudah-mudahan nie pilihan yang terbaik buat aku..
excited lah nak jadi cikgu,tapi tak tahu kenapa..
padahal before nie aku tak minat cikgu, mama pun beria suruh aku jadi cikgu..
and lastly cikgu lah impian aku sekarang..
even apa jua halangan aku tetap nak jadi CIKGU YULLYANNA..
o.O



# thanks for the reading..