Sunday, January 27, 2013

Sedar Diri!!

ASSALAMMUALAIKUM..
hello kawan-kawan..

sekejap je rasa masa berlalu dah pun hujung bulan Januari kan..
tinggal lagi sebulan je cuti semester nie, rasa tak sabar pulak
nak habiskan study yang tinggal 1 semester lagi..
In Shaa ALLAH..
hari cuti macam nie ada lah masa nak update blog bucuk nie,
dah tak ada kerja lain kan nak buat lagi before naik kerja hari Selasa nie..

entry kali nie aku just nak share je dengan kamu semua..
bukan niat nak buat orang terasa hati ke apa ke, senang cakap 
entry nie tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia..
# macam selalu je dengar statement nie kan..haha!
untuk ingatan bersama sahaja, mungkin boleh dijadikan pengajaran hidup kita..
aku pun nasihatkan untuk diri sendiri juga..

sekarang nie aku tengok ramai manusia yang mengejarkan kemewahan,
tapi kita lupakan tanggungjawab yang sepatutnya..
kadang-kadang kita nie megahkan duniawi tapi alpakan akhirat..
tahu tak siapa yang bagi kita semua kemewahan itu pada kita,
kalau tak bukan ALLAH..
lepas kita senang kita lupa nak sujud terima kasih pada ALLAH kan?

bila kita jadi orang kaya, mulalah kita lupa diri, bangga diri dan menyombong dengan orang lain..
macam dekat dunia nie kita sorang je orang kaya yang perlu disanjungi orang ramai..
kita lupa dengan ALLAH, dengan apa yang telah diberikan pada kita..
akhirnya nanti kita dapat musibah dan kita salahkan ALLAH juga..
baru lah masa itu kita nak menyesal apa yang kita sebelum nie..

bila kita jadi orang miskin, mulalah kita nak mengeluh,
kenapa lah hidup susah lah, nasib hidup tak macam orang lain lah..
kita cakap ALLAH itu tak adil dengan hamba-Nya..
akhirnya kita buat kerja yang tak elok dan boleh mendatangkan padah dekat kita..

orang kaya ke orang miskin, kita semua sama je sebenarnya..
yang membezakan taraf hidup kita, tapi itu semua hasil usaha kita juga kan..
pada orang kaya, berkongsi lah harta yang kamu ada dengan orang yang memerlukan..
itu pun dengan niat kerana ALLAH dan bukan untuk menunjuk yang kita banyak duit..
pada orang miskin, berusaha lah mencari rezeki yang ALLAH dah sediakan..
itu pun dengan niat kerana ALLAH nak dapatkan rezeki yang halal..

pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan,
bersyukur dengan apa yang kita ada sebab itu semua cuma pinjaman ALLAH pada kita je..
apa yang kita ada sekarang bukan hak milik kekal kita pun..
jangan lupa pada siapa yang memberi semua nie..
dengan ALLAH kita minta, dengan ALLAH juga kita berterima kasih..
bila kita senang jangan nak berlagak dengan orang lain dan 
bila kita susah jangan nak mengeluh pulak..

ALLAH tahu apa yang terbaik untuk umat-Nya,
ALLAH dah mengaturkan jalan hidup kita,
ALLAH itu MAHA ADIL..
kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan semua itu.. 
selalu lah ingat ALLAH ye kawa-kawan..
In Shaa ALLAH..



thanks sudi baca..
>.<



No comments:

Post a Comment