Wednesday, December 11, 2013

Mentaliti Manusia

Assalammualaikum & hello kekawan!
bulan Disember sudah! Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.
semakin hampir ke penghujung dunia latihan industri,
bakal berjumpa dengan tugasan sebagai pelajar.
*kesat peluh, fuhhh!

semakin hari semakin umur kita bertambah,
maknanya kita semakin tua wahai manusia!
tapi bila aku tengok manusia keliling, amboi semua tak nak kalah kan?
semua nak jadi hebat, semua nak jadi bagus, 
semua nak jadi pandai, semua nak jadi kaya.
*siapa saja tak nak jadi macam tu? -,-

tapi biasa lah manusia, mana terlepas dari kekurangan.
nobody perfect in this world, but to be a good person semua nak.
kalau nak jadi baik, cermin diri sendiri dulu.
perubahan diri mesti ada niat yang ikhlas memang nak berubah.
berubah kerana ALLAH. :)

aku suka perhatikan manusia sekeliling,
kekadang aku pun terjebak juga dengan perangai mereka.
tapi sentiasa beringat, jangan selalu buat perangai tak elok.
aku tak cakap perangai mereka selalu jahat,
tapi tak salah rasanya kalau menasihati sesama manusia.

banyak lah situasi yang korang selalu nampak,
pastu buat perception sendiri kan?

kes 1 : bab jodoh
bila kahwin muda, "dah tak sabar sangat ke anak Cik Bedah tu?"
bila kahwin lambat, "anak Cik Bedah tu umur dah berapa tak kahwin lagi? 
tak laku ke?"
bila kahwin pastu cerai, "tu lah tak reti jaga rumahtangga, tu makannya."
bila umur lanjut tak kahwin lagi, "memilih sangat anak Cik Bedah tu, 
tengok sampai ke tua tak kahwin. tak malu ke?"

kes 2 : bab orang kampung
bila rumah besar, "amboi! besarnya rumah kau Kiah! cantiknya!"
*balik rumah desak suami, "Bang! besarkan rumah lagi lah, lagi besar dari Kiah."
bila nampak jiran beli barang baru, "kaya ke suami kau ni Kiah? 
macam selalu je tukar perabot."
bila nampak anak jiran beli kereta besar, "wah! kereta siapa ni?
anak kau ke Kiah? kerja bagus ke sampai boleh beli kereta besar ni?"

kes 3 : bab kerjaya
bila jadi penggangur terhormat, "kau ni dah tak reti nak cari kerja ke Man?
terperuk je dekat rumah, hadap laptop 24 jam."
*orang tak tahu, budak tu buat business online ke apa.
bila kerja dekat kampung, "dapat gaji besar ke kerja dekat kampung ni?
cubalah kau cari kerja dekat bandar besar pulak Man."
bila kerja dekat bandar besar, "anak kau kerja dekat bandar ke Mah?
dah lama tak nampak dia dekat kampung ni? tak ingat nak balik kampung ke?"

kes 4 : bab persiapan kahwin
bila buat majlis kecik, "tak kan buat majlis nikah je? tak ada bajet ke?
kan bagus dihebahkan kalau dah kahwin."
bila buat majlis besar sikit, "tengok tu anak Pak Haji, majlis tak nak kalah.
mesti belanja berpuluh ribu tu, anak kerja besar lah katakan."
bila buat majlis besaran, "mak datuk! grand gila majlis anak Pak Haji ni, 
kalah artis siapa tu Che Ta ea?"
*eh! Che Ta pulak yang kena, maaf maaf maaf.

kes 5 : bab study
bila anak dapat result teruk, "biasa je anak aku ni,
tak pandai macam anak kau Yah."
bila anak dapat result bagus, "wei Yah, anak kau dapat berapa? 
aku bangga lah dengan anak aku ni dapat 4A UPSR ni."

hakikatnya, manusia selalu akan terus fikir negative berbanding positive.
tahu tak? kalau selalu fikir positive ni awet muda,
sebab kita selalu bersangka baik dengan manusia sekeliling.
sebab tu kalau boleh jauhkan diri dari beprasangka buruk dengan orang keliling,
nanti orang lain pun akan fikir yang baik-baik je pasal kita.
bukan tak boleh fikir negative tapi jangan selalu diamalkan.

aku cerita bukan nak tujukan pada sesiapa, ni cerita umum.
sesiapa yang terasa ke, maaf dari hujung kepala sampai hujung kaki.
aku cerita ingatkan diri aku juga sebenarnya. (:




No comments:

Post a Comment