Saturday, April 12, 2014

Kerja oh Kerja

Assalamualaikum! April? April? April? almost 4 months goyang kaki ala-ala mem besar dekat rumah ni, ingat seronok ke? sangat membosankan! sila bagi aku kerja dengan kadar segara.


dulu duduk rumah time cuti semester kira boleh terima lagi lah sebab penat study so nak rehatkan otak, tapi masalah sekarang dah tak ada nak rehatkan otak lagi. sekarang aku baru rasa macam mana susahnya cari kerja lepas habis study ni, mencabar kesabaran juga. -.-"

jadi penganggur terhormat dalam jangka masa yang lama ni bukan something yang heaven lah. tak heaven bila kau ada hutang keliling diri dan lagi rasa sesak bila saving account kau tinggal kosong kosong kosong SEN! tambahan lagi nak bersidang lagi sebulan ni, mulalah rasa serabut kepala otak nak cari duit. adoyai, tak mengeluh cuma sedih. ):

tetiba rasa useless sebab tak mampu nak berjuang untuk diri sendiri, belajar tinggi tinggi tapi sampai sekarang tak dapat kerja lagi. but at least aku dah cukup berusaha pergi ke hulur ke hilir cari kerja kosong, duduk hadap laptop setiap hari online tengok kerja kosong. tak lah rasa loser sangat, cuma belum ada rezeki lagi gamaknya. doa bebanyak selalu, percaya Allah dah bagi rezeki untuk semua orang. Amin. (:







No comments:

Post a Comment