Thursday, March 13, 2014

Shortie : Dia




masuk tahun ke-6 dia hadap masalah yang sama. dia dan Allah sahaja yang rasa dan tahu. dari mana dia dapat kekuatan? jangan ditanya kalau kau sendiri tahu jawapannya.

perubahan diri dia sekarang disebabkan pengalaman yang lampau dan manusia sekeliling dia. pada dia marah bukan jalan penyelesaian tapi perlukan perbincangan, sebab dahulu dia berperang dengan emosi sendiri. makan tahun untuk dia mengubah diri dia dan akhirnya dia seperti sekarang.

bila dimarah dia diamkan diri, orang lain anggap berdiam diri tidak akan selesaikan masalah tapi pada dia itu salah. bila dia tenang dia akan cari penyelesaian yang terbaik untuk kedua pihak. selesai juga kan masalah itu? cuma mungkin ambil masa, yang penting selesai.

dan dia tetap akan diamkan diri bila ada sesuatu yang menyakitkan hati dia, apa yang dia boleh lakukan? mengamuk tak tentu pasal? menangis sepuasnya? dia penat. ye penat sebab selama ini dia seperti itu, umpama manusia yang paling lemah.

sekarang dia dengan perangai yang baru bersama semangat yang baru, tapi perasaan yang berbeza. manusia yang tak ada perasaan, mungkin seketika atau mungkin selamanya. dia tiada sesiapa melainkan Allah dan itu kekuatan dia.



No comments:

Post a Comment