Sunday, February 09, 2014

Jodoh Rahsia ALLAH

Assalammualaikum.

pagi Ahad yang sunyi sepi, ceh!
sunyi lah sangat, sebab aku tak ada kawan gaduh dekat rumah. haha!
dah masuk bulan Februari, aku still rasa kekok dengan cuti weekend ni. -.-

wah!! bulan Februari sudah? Ya ALLAH, cepatnya masa berlalu.
maknanya masuk dua bulan aku jadi penganggur terhormat. 
* sadisnya ayat
belum ada rezeki kerja lagi, chill lex dulu dekat rumah. (:

kenapa tetiba terasa nak cakap pasal jodoh ek?
maybe ramai sangat dah kekawan kahwin kot, eh!
rasa tergugat ke Yully?? tettttt...
o.O

I pray for your happiness kekawan semua,
kekal sampai akhir hayat, dapat baby cepat cepat!
* ni yang aku excited!
seronok layan budak kecik ni, 
walaupun ragam diaorang kekadang buat aku hilang sabar.

ALLAH dah sediakan jodoh buat kita, so don't worry. (:
cuma cepat atau lambat saja, tu terpulang pada usaha kita kan?
orang cakap benda baik jangan lenggahkan, memang betul.
tapi kalau masuk bab kahwin ni banyak benda kena fikir.
especially RESPONSIBILITY = TANGGUNGJAWAB!

korang ingat kahwin ni suka suki saja??
awal awal memang rasa seronok, honeymoon sana sini.
bila dah ada baby nanti baru korang sedar betapa beratnya tanggungjawab tu.
pada yang ready aku ucapkan tahniah,
pada yang tak berapa nak steady lagi tu, sedar sedar lah.
sebab tu lah aku tak berapa nak ready steady lagi dalam bab ni. huhu.

ada certain orang couple dari sekolah at last sampai pelamin, Alhamdulillah.
* aku memang salute orang yang pertahankan hubungan macam ni, ceh!
ada certain orang couple orang lain, kahwin orang lain.
benda ni aku tak kesah sangat, selalu jadi depan mata tapi bukan aku lah.
dengan siapa pun jodoh kita, terima dengan hati yang terbuka.

sebab tu lah aku cakap,
"JODOH RAHSIA ALLAH"
doa lah bebanyak supaya dikurniakan jodoh yang terbaik untuk kita.


"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan 
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,
atau sebaliknya."
(:








Monday, January 20, 2014

Yayan Beadslacehouse

ASSALAMMUALAIKUM 
Hello kekawan and Happy Monday!

promote time!
dengan rasa sukahati, aku nak promote 

Yayan Beadslacehouse!

orang perempuan sekarang kan trendy kan?
sekarang trend baju manik manik lah,
labuci sana sini, lace lagi..
kalau nak buat tudung half moon pun cantik!

siapa yang berminat semua ni boleh buat tempahan di 
aku tolong promote bagi pihak tuan kedai.
(:






Saturday, January 11, 2014

BFF

Assalammualaikum & hello kekawan!
Happy Saturday!
minggu kedua manusia dekat Johor berhujung minggu.
*still rasa kekok lagi weekends dah berubah

bila tak ada kerja nak buat, hadap lah benda ni saje.
tadi pagi aku belek lagi gambar lelama,
masa zaman sekolah sampai lah zaman Degree.
nak tergelak pun ada juga tengok balik, ahaks!
tetiba mula rasa rindu teramat sangat dengan mereka semua.
*sobs sobs sobs ):

of course lah teringatkan part of my best friends!
rindu korang sangat! (:
selalu orang yang ada BFF ni, ada sorang BFF je ke?
BFF aku ramai kot, haha!
setiap BFF ada function sendiri.
mesti ada yang tak faham kan? huhu.

ada BFF aku yang nasihatkan pasal everything dalam hidup.
pasal personal life, pasal family.
kiranya mereka ni tahu semua pasal kehidupan aku.

ada BFF aku yang nasihatkan pasal kerjaya.
yang ni memang best, selalu suggest kerja untuk aku.
siap carikan kerja kosong lagi, hebat!
thanks sayang membantu. (:

ada BFF aku yang nasihatkan pasal kehidupan.
selalu ingatkan aku pasal lumrah kehidupan sekarang.
selalu bagi nasihatkan yang membimbing.
thanks kamu! (:

ada BFF yang nasihatkan pasal study.
ni time jadi student dulu lah,
tiap hari nak stress je hadap assignment lah, report lah.
nasib baik ada kata-kata semangat dari belakang,
JANGAN MALAS YULLY!!

ada BFF yang nasihatkan pasal LOVE LOVE LOVE!
actually aku bosan hadap benda ni,
tak tahu kenapa hati tetiba tak boleh terima.
belum tiba masa kot nak fikir soal ni,
tapi bila aku try first step, selalu sangat di"ignore"kan.
faham tak perasaan apa yang kau rasa lepas tu? -,-
that why memang malas nak fikir.

anyway from deep of my heart,
thank you very very very much my BFF's!
korang selalu memahami perangai kawan korang yang sewel ni.
tanpa nasihat korang, maybe aku dah kelaut dengan dunia aku.
muahhh!




Friday, January 10, 2014

Dunia Intern

Assalammualaikum & Hello kekawan!

belum terlambat rasanya nak wish
"HAPPY NEW YEAR 2014!"
tak excited sangat pun tahun baru ni,
sebab azam baru aku dah buat masa 1 Muharram.

wahhh! almost sebulan habis intern,
rasa rindu dekat family TM terasa sangat.
boleh dikatakn selalu juga mimpi mereka semua.
*nampak tak rimdu melampau??

selama 5 bulan bersama mereka banyak benda aku belajar.
sebelum ni tak suka Marketing Department, sekarang boleh terima.
sebelum ni tak suka face to face dengan orang, sekarang boleh terima.
sebelum ni tak suka call customers, sekarang boleh terima.
senang kata lepas intern ni semua lah boleh terima dalam jiwa.

honestly, under Consumer Sales (CS) memang penat!
banyak kena handle events, banyak kerja lah senang cakap.
*kekadang mengeluh juga -,-
tapi bila dah involved dengan agents and team CS memang best!
at least pernah lah merasa macam mana penatnya semua tu.

dah habis intern ni mulalah rindu suasana tu.
rasa nak masuk office semula,
rasa nak join events lagi.
ni lagi lah mereka dah tukar office baru, 
memang lagi excited nak jumpa mereka! (:

nasihat mereka semua selalu aku ingat,
nasihat pasal masa depan, pasal kehidupan and pasal kahwin juga!
haha! Encik Jai lah ni, selalu trick soal hati.. -,-
Encik Razak selalu cakap pasal soal masa depan, Puan Jannah pun sama juga.
haish! semakin rindu bila ingat semula. ):





 setiap kenangan yang indah pasti akan terpahat dalam ingatan,
setiap nasihat yang berguna pasti akan sentiasa dijadikan panduan.
TERIMA KASIH CONSUMER SALES, TM BATU PAHAT!





Wednesday, December 11, 2013

Mentaliti Manusia

Assalammualaikum & hello kekawan!
bulan Disember sudah! Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.
semakin hampir ke penghujung dunia latihan industri,
bakal berjumpa dengan tugasan sebagai pelajar.
*kesat peluh, fuhhh!

semakin hari semakin umur kita bertambah,
maknanya kita semakin tua wahai manusia!
tapi bila aku tengok manusia keliling, amboi semua tak nak kalah kan?
semua nak jadi hebat, semua nak jadi bagus, 
semua nak jadi pandai, semua nak jadi kaya.
*siapa saja tak nak jadi macam tu? -,-

tapi biasa lah manusia, mana terlepas dari kekurangan.
nobody perfect in this world, but to be a good person semua nak.
kalau nak jadi baik, cermin diri sendiri dulu.
perubahan diri mesti ada niat yang ikhlas memang nak berubah.
berubah kerana ALLAH. :)

aku suka perhatikan manusia sekeliling,
kekadang aku pun terjebak juga dengan perangai mereka.
tapi sentiasa beringat, jangan selalu buat perangai tak elok.
aku tak cakap perangai mereka selalu jahat,
tapi tak salah rasanya kalau menasihati sesama manusia.

banyak lah situasi yang korang selalu nampak,
pastu buat perception sendiri kan?

kes 1 : bab jodoh
bila kahwin muda, "dah tak sabar sangat ke anak Cik Bedah tu?"
bila kahwin lambat, "anak Cik Bedah tu umur dah berapa tak kahwin lagi? 
tak laku ke?"
bila kahwin pastu cerai, "tu lah tak reti jaga rumahtangga, tu makannya."
bila umur lanjut tak kahwin lagi, "memilih sangat anak Cik Bedah tu, 
tengok sampai ke tua tak kahwin. tak malu ke?"

kes 2 : bab orang kampung
bila rumah besar, "amboi! besarnya rumah kau Kiah! cantiknya!"
*balik rumah desak suami, "Bang! besarkan rumah lagi lah, lagi besar dari Kiah."
bila nampak jiran beli barang baru, "kaya ke suami kau ni Kiah? 
macam selalu je tukar perabot."
bila nampak anak jiran beli kereta besar, "wah! kereta siapa ni?
anak kau ke Kiah? kerja bagus ke sampai boleh beli kereta besar ni?"

kes 3 : bab kerjaya
bila jadi penggangur terhormat, "kau ni dah tak reti nak cari kerja ke Man?
terperuk je dekat rumah, hadap laptop 24 jam."
*orang tak tahu, budak tu buat business online ke apa.
bila kerja dekat kampung, "dapat gaji besar ke kerja dekat kampung ni?
cubalah kau cari kerja dekat bandar besar pulak Man."
bila kerja dekat bandar besar, "anak kau kerja dekat bandar ke Mah?
dah lama tak nampak dia dekat kampung ni? tak ingat nak balik kampung ke?"

kes 4 : bab persiapan kahwin
bila buat majlis kecik, "tak kan buat majlis nikah je? tak ada bajet ke?
kan bagus dihebahkan kalau dah kahwin."
bila buat majlis besar sikit, "tengok tu anak Pak Haji, majlis tak nak kalah.
mesti belanja berpuluh ribu tu, anak kerja besar lah katakan."
bila buat majlis besaran, "mak datuk! grand gila majlis anak Pak Haji ni, 
kalah artis siapa tu Che Ta ea?"
*eh! Che Ta pulak yang kena, maaf maaf maaf.

kes 5 : bab study
bila anak dapat result teruk, "biasa je anak aku ni,
tak pandai macam anak kau Yah."
bila anak dapat result bagus, "wei Yah, anak kau dapat berapa? 
aku bangga lah dengan anak aku ni dapat 4A UPSR ni."

hakikatnya, manusia selalu akan terus fikir negative berbanding positive.
tahu tak? kalau selalu fikir positive ni awet muda,
sebab kita selalu bersangka baik dengan manusia sekeliling.
sebab tu kalau boleh jauhkan diri dari beprasangka buruk dengan orang keliling,
nanti orang lain pun akan fikir yang baik-baik je pasal kita.
bukan tak boleh fikir negative tapi jangan selalu diamalkan.

aku cerita bukan nak tujukan pada sesiapa, ni cerita umum.
sesiapa yang terasa ke, maaf dari hujung kepala sampai hujung kaki.
aku cerita ingatkan diri aku juga sebenarnya. (: